Banyak perkara yang dapat dipelajari selepas perjumpaan dengan kawan-kawan C76 tempohari. Yang hadir semua nampak ceria dan tidakbanyak berubah berbanding 32 tahun dahulu. Yang tidak dapat hadir kita cuma dapat dengar cerita dari kawan-kawan.
Dalam kita gembira dapat bersama semula,rupanya ada kawan kita yang tidak bernasib baik. Begitulah lumrah dunia dan takdir yang Maha Esa. Tetapi ada takdir yang belum terqada' yang masih boleh diubah. InsyaAllah dengan usaha diri mereka dan bantuan kita bersama InsyaAllah kita mampu merubah nasibnya dengan kehendak Allah s.w.t.
Semasa perjumpaan tempohari, ada banyak perkara yang hendak dibincangkan termasuk soal kebajikan. Mungkin agak 'excited' selapas 32 tahun tidak berjumpa, kita terlalu leka bersembang dan terlu pa agenda kita.
Kita masih ada masa dan di pertemuan seterusnya mari kita bincangkan bersama-sama nasib sahabat kita yang mungkin tidak sebaik kita. InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan memulakan tabung pemulihan kecemasan untuk keperluan kita bersama. Yang perlu difikirkan bagaimana untuk memastikan tabung tersebut sentiasa tidak susut. Tetapi harus difikirkan bersama, kewangan sahaja tidak memadai untuk membantu. Perlu khidmat nasihat dan sokongan moral dari kawan-kawan. Semua kita boleh menyumbang. Mungkin Imam Alwi boleh memberi khidmat nasihat kerohanian, aku pengurusan (pengurusan kewangan, penguruaan rumah tangga aku tiada pengalaman:))
Rasanya kawan-kawan boleh memberikan komen. Sekarang ini pun dah kurang kita berkomunikasi disini.
Terima kasih Alwi yang menyingkap kearah ini dan aku yakin keikhlasan kita bersama akan dapat saling membantu diantara kita.
Tiba-tiba aku sebak.... tambahan pula teringatkan kawan-kawan pernah mengalirkan airmata kerana aku semasa disekolah dahulu
Wassalam
No comments:
Post a Comment