Saturday, September 29, 2007

Selamat Datang Keresahan (Versi Jawi)

سلامت داتڠ كريسهن يڠ ابادي.... كريسهن لاهير عقيبة برستوبوه دڠن كدوكأن، كدوكأن مونچول كدونيا برسام اداڽ بهاڬيا.

ريسه، دوك دان بهاڬيا لاهير كران اداڽ چينتا...

DOA

Yang ini aku pernah tulis 2 tahun dulu mengisahkan seorang sahabat aku yang dah lama tak jumpa. Alhamdulillah sekarang dia dah bahagia dengan yang lain, tetapi....

MasyaAllah. Doa mana boleh tarik balik.

Saja aku upkan balik cerita yang aku tulis tahun 2005 disini dalam versi jawi.


......
Semalam jumpa kawan lama. Tergerak bertanya apa kesudahan kisah percintaannya dengan Marziana (bukan nama sebenar ?).

"Tak de jodoh" jawabnya ringkas.

"Semua kerana doa aku kepada الله"

Terkejut aku...selalunya kita berdoa untuk kebaikan, pertemuan tapi doa kawan aku ni menyebabkan perpishan.

Kawan aku terus bercerita mengenai doa.. Katanya kalau berdoa kita kena ikhlas, tiada syarat.

Rupanya kawan aku pernah berdoa kepada tuhan sagar dia dipertemukan jodoh dengan Marziana 'Sekiranya Dia Masih Suci' .

Disaat cinta sudah mendalam dan seakan sukar dipisahkan, kawan aku dapat tahu orang yang dicintai sudah tidak suci.

Kerana rasa cinta yang mendalam kawan aku ini tidak memperdulikan soal kesucian.

Di takdirkan tuhan mungkin kerana doanya sebelum ini maka perpisahan akhirnya berlaku. Putuslah percintaan sahabat aku ini. Dapat ku lihat wajah penuh kekecewaan pada diri kawan aku ini.

"Berdoalah dengan ikhlas, jangan ada syarat.." itu pesannya kepada ku.

"انشاءالله" jawab ku.

Tersentuh hati aku dengan nasib kawan aku. Tapi kita tidak boleh menolak takdir.

Mengapa kita mempersoalkan tentang kesucian seandainya kita benar-benar menyintainya. Tiada manusaia tidak melakukan kesilapan. 'Virgin were not the indication of truth love!'

Ingatlah apa saja yang keluar dari mulut kita adalah merupakan doa. Bercakap lah sesuatu yang baik dan berdoalah untuk kebaikan. Fahami masksud dan etika ketika berdia.

Hanya الله jua yang maha mengetahui perjalanan hidup insan. Kita ni sudah di 'programkan'. Jangan angkuh walau siapa diri kita.

Aku akan berdoa tanpa syarat. Aku akan berdoa setulus hati. Semuga الله mengabulkan permintaan aku ini.

Apa doa aku... biarlah menjadi rahsia peribadi aku.

p/s: Dah memang tak ada jodoh, nak buat macam mana. Semuga الله mempertemukan kita jodoh yang lebih baik.

Kawan... jangan la marah aku tulis cerita engkau kat sini. Cerita engkau ni bagus buat pengajaran. ....

'Body Smell' atau 'Smell Of Love'

Ini pun cerita lama yang aku naikkan semula..

..... Aku terbaca kajian menegenai bau badan. Lebih 50% lelaki di Peranchis tertarik kepada wanita kerana bau badan. Bukan bau wangian yang dipakai. Aku terfikir, negara yang terkenal dengan wangi-wangian tetapi mengapa lelakinya lebih terpikat kepada bau badan. Memang manusia bersikap sebaliknya, berlawanan.

Aku juga mengalami hal demikian. Aku tertarik kepada seseorang kerana bau badan dan aku sering berharap dapat berada berdekatan dengannya.

Mula aku berjumpa dengan dia kira-kira setahun yang lalu. Semenjak dari itu aku kerap teringat bau badannya.

Setelah lebih setahun aku tidak mendapat peluang bertemu dengannya.Akhir-akhir ini aku berpeluang mendekatinya semula dan aku sering mencari jalan untuk mendekati.

Aku boleh mengetahui kehadirannya hanya dengan bau badan. Lebih dari itu aku seolah-olah dapat menghidu kehadirannya lebih awal bila fikiran ku terbayangkan bau tersebut.

Kata mak aku, bau akan jadi penarik kalau ada rasa cinta dan tidak menarik bila sebaliknya. Aku katakan mungkin ya dan tidak. Kerana pada mula aku tertarik kepada bau badannya, aku tidak memiliki rasa cinta terhadapnya. Mungkin juga bau badan boleh meransang cinta. 'body chemistries', begitulah pendapat mak aku.

Aku cuba memikir bila dimana dan mengapa bau badanya begitu. Mulanya aku menyangkakan mungkin bau badan kerana dia kurang tidur. Tapi akhirnya aku mula perasan, bau badannya akan mula terhidu selepas dia menunaikan solat. Aku memang pasti...

Entah lah, adakah cuma tertarik kepada 'body smell' atau adakah ini 'smell of love'?

Macam musang pandan lah pulak engkau ni ....

Thursday, September 27, 2007

Sihir

Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu ect.
Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.
Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukan g sihir?
1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.
2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambing putih ke etc
3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.
4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk.
Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you believe there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.
Bagaimana kita tahu kena sihir?
1. Cannot sleep at night
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!
Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?
1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly, not in heart! "Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim" Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah. - Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati - Agar jin/syaitan lari dari rumah kita.&n bsp; Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak? - Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don't just laugh it off. Cepat-cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.
2. Turut perintah Allah. - Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don't prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!
3. Lebihkan zikir. - Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu - Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang berm ula dari "Aamanarasul.." - Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect. Note! "Arasy" atau tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.
4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang. So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah waktu maghrib. Time to change!
5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah. - Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.
6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.
7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.
8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings. Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir. Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca: Bismillaahi (3x) A 'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan. Bacalah ayat di atas 7 kali.
Kemudian baca doa: Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-a illaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa. Ertinya: Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan melainkan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.
Treating Orang ya ng Kena Sihir
1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It is a symbolic action to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini, baca: - Ayatul Kursi - Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..) - Qul ~ Ahad - Qul ~ Falaq - Qul ~ Naas - Surah Yunus ayat 81 - Surah A'Raf ayat 120-121 - Surah Thaahaa ayat 69 mulai " Wala yuflinu..."
2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi air yang boleh diminum.
3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.
4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.
5. Ulangi s elama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus. Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangan sampai seminggu gap...tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi (could be a strong sihir).
Another method is the 'dry way'. That is, tak payah mandi, but baca terus pada pesakit sambil sapu kepala dia.
Sekian,
Wallahu a'lam.

Hentian Rehat Elmina GCE


Rehat sebentar

Yahoo Messenger diatas Web dilancarkan


Antara kelebihannya adalah:
Tidak perlu memuatturun aplikasi dan boleh melepasi kawalan keselamatan rangkaian. Tiada lagi halangan menggunakannya walau pentadbir sistem meenghalang IM.

Web-based Yahoo! Instant Messenger.

Sunday, September 23, 2007

Meneka Dalam Kesamaran



Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa pedoman

Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri

p/s: my hubby nak jumpa Ibnoor Riza. Lama x jumpa lost contact. Kalau Sesiapa yg kenal Ibnoor Riza terbaca atau Ibnoor sendiri, email lah 'email @ kamaluddin.us' (kalau copy&paste buang space kat @ tu)

Friday, September 21, 2007

RINDU - email post

Semakin cuba aku lari semakin aku merindui.
Aku hampir berlaku curang tetapi hati kecil ku menolaknya.
Semuga tuhan membalas kesetiaan ku.

Entah lah...

Apa ke benda yang mengganggu aku ni.
Aku lari jauh dah rasanya... kau datang juga.
Oiii berambus lah.

Thursday, September 20, 2007

Berita dari kawan - Sempena Ramadhan

Aku bertemu seorang kawan yang hampir separuh umur ku tidak kutemui.

Aku sebenar sudah lama teringin nak berjumpa dengannya. Seorang imam yang dikenali ramai.

Kami banyak bercerita kisah lampau yang cukup menghiburkan dan memberi ketenangan dijiwa yang dah memang serabut sekarang ini.

Cerita kami banyak berkisar mengenai keagamaan. Perbulan kami terhenti ketika bilal bersiap untuk melaungkan azan.

Tiba-tiba dia berkata kepada ku "Sepatutnya bukan aku yang jadi imam sekarang ini sebaliknya engkau"

Dia mengingatkankisah lampau aku dan dia yang selalu melepak disurau sekiranya tiada aktiviti. Bersukan pun berhampiran surau.

Bila masuk waktu aku akan memberikan kain pelikat kepadanya untuk kami dapat bersama berjemaah.

Sekarang? Entahlah apa nak jadi dengan aku ni.

Mencari ketenangan



Sehari dua ini aku nak membawa diri. Korang jangan banyak tanya aku nak pegi mana.

Aku tiba-tiba hilang arah dan tumpuan. Aku tidak mampu untuk membahagiakan sesiapa. Lebih baik aku menghindari sebelum aku dihindari.

Apa saja dari aku semuanya mendapat penghinaan, perbuatan, percakapan malah diam ku dihina. Dayusnya aku..

Apa saja yang aku buat menemui kegagalan.

Hubungi aku jika aku benar-benar diperlukan walau pun aku tidak menjawap panggilan. Panggilan itu sudah cukup membuktikan kalian mengingati aku. Jangan hubungi aku sekadar untuk mendengar kata dusta. Dah puas dah.

Pengalaman aku dalam beberapa waktu ini cukup membuat aku hampir tidak lagi mempercayai ungkapan 'ikhlas' 'setia' 'sejati' dan yang sewaktu dengannya.

Msg aku dengan perkataan 'RINDU' kalau kalian benar-benar merindui kehadiranku dan aku akan menghargainya meskipun aku tidak menjawabnya. Kalau dengan perkataan 'RINDU' itu mengharap aku membalasnya maka korang tidak ikhlas.

Seandainya kalian tidak merindui kehadiran ku maka selepas ini aku juga tidak akan merindui kehadiran sesiapa didalam hidup akau sehingga sampai ketika takdir menemukan aku dengan 'KERINDUAN' yang sejati.

Aku nak buat "apa aku punya suka" dan tidak minta korang memahami jauh sekali menghormatinya.

Aku nak mencari diri aku sebenar..

Jangan ditanya kemana aku pergi

Sehari dua ini aku nak membawa diri. Korang jangan banyak tanya aku nak pegi mana.

Aku tiba-tiba hilang arah dan tumpuan. Aku tidak mampu untuk membahagiakan sesiapa. Lebih baik aku menghindari sebelum aku dihindari.

Apa saja dari aku semuanya mendapat penghinaan, perbuatan, percakapan malah diam ku dihina. Dayusnya aku..

Apa saja yang aku buat menemui kegagalan.

Hubungi aku jika aku benar-benar diperlukan walau pun aku tidak menjawap panggilan. Panggilan itu sudah cukup membuktikan kalian mengingati aku. Jangan hubungi aku sekadar untuk mendengar kata dusta. Dah puas dah.

Pengalaman aku dalam beberapa waktu ini cukup membuat aku hampir tidak lagi mempercayai ungkapan 'ikhlas' 'setia' 'sejati' dan yang sewaktu dengannya.

Msg aku dengan perkataan 'RINDU' kalau kalian benar-benar merindui kehadiranku dan aku akan menghargainya meskipun aku tidak menjawabnya. Kalau dengan perkataan 'RINDU' itu mengharap aku membalasnya maka korang tidak ikhlas.

Seandainya kalian tidak merindui kehadiran ku maka selepas ini aku juga tidak akan merindui kehadiran sesiapa didalam hidup akau sehingga sampai ketika takdir menemukan aku dengan 'KERINDUAN' yang sejati.

Aku nak buat "apa aku punya suka" dan tidak minta korang memahami jauh sekali menghormatinya.

Aku nak mencari diri aku sebenar..

Mimpi Ngeri Lagi





Tah nape selalu sangat mimpi ngeri...

Pertama kena semasa tidur di CityVilla. Terbangun jam 3:50 pagi dalam keadaan perpeluh. Cuban juga tenangkan fikiran dan sembunyikan perasaan. Tengok kawan di sebelah pun seperti menggerunkan. Seakan nak menjerit tetapi aku tahan kerana aku nak merahsiakan darinya.

Jam 5:15 orang sebelah terbangun tengok muka dia seperti menggerikan. Bila tersedar sepenuhnya barulah rasa lega.

Pagi itu aku tidak banyak bercakap dan termenung serta rasa seperti khayal.

Semenjak itu ia sentiasa datang. Dalam tidor badan seakan menguit. Kalau mengikut seorang ilmuan yang aku pernah jumpa itu petanda kena sihir.

Entah lah.. nak percaya atau tidak.

Sekarang ini aku sedang berpeluh memikirkan mimpi ngeri yang baru ku alami. Mimpi ngeri yang keberapa aku sendiri sudah tidak ingat. Dalam keadaan begini teringat semasa kecil, pelukan seorang ibu mampu memberikan ketenangan.

Tadi aku solat sunat untuk menghapus keraguan dihati. Aku berdoa dijauhkan dari ganguan-gangguan tersebut.

Mungkin kerana aku selalu lalai dengan perintahMu Ya Allah

Ya Allah hanya kepada Engkau kami memohon
Tegarkan hati kami atas segala ketentuanMu
Lapangankanlah dada kami yang penuh sesak
Berikanlah ke dalam jiwa kami
Sikap Prasangka baik terhadap orang-orang yang kau tetapkan sebagai ujian atas kami
Amin ya rabbal aalamin

Mimpi ngeri

aApa

Wednesday, September 19, 2007

Kafe siber jadi tempat murid sekolah lepak

Kadang-kadang mak bapak juga ada silapnya. Berkira sangat nak beli laptop atau pc yang sekarang ini boleh didapati bawah harga RM2,000.

Broadband juga semakin murah. Untuk memasang Streamyx dirumah cuma RM77 sebulan. Celcom 3G Unlimited RM68 sebulan.

Cuba lihat handphone milik orang sekarang, tidak kira milik anak atau mak bapak. Harga mencecah ribuan ringgit.

Apabila sianak tidak mendapat kemudahan tersebut dirumah mereka akan menggunakan kemudahan di kafe siber tanpa kawalan ibu bapa. Pemili kafe siber mementing keuntungan semata-mata.

Kafe siber jadi tempat murid sekolah lepak
KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kafe siber yang menjadi tempat ‘persembunyian’ tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang tiga hari lalu dan ditemui semula hari ini adalah lokasi kegemaran murid-murid melepak pada waktu persekolahan.

Menghapus Jejakmu - Siapa diantara kita yang akan menyanyikannya

Syair Istikharah

Ya - Rabbul Ariffin
Seandainya kau telah taqdirkan dia milikku
tercipta buatku
dekatkanlah hatiku dengan hatinya.
Tetapkanlah kemesraan antara kami,
agar kebahagiaan ini kekal abadi.

Ya Muhaimin
Seiringkanlah kami
mengiringi kehidupan luas ini
ketepian yang sejahtera.

Ya Rabbul Fatihin
seandainya dia telah Kau taqdirkan bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luput dari ingatanku
dan peliharakanlah aku dari kecewa.

Ya Rabbul Izzati
Berikanlah aku kekuatan,
melontarkan bayangannya kedada langit hilang bersama senja merah
agar aku bisa bahagia
walaupun tanpa dirinya.

Ya Rabbul Quddus
Gantikanlah yang telah patah
meskipun tidak sama dengan dirinya
biar sekuat mana aku mengasihinya
aku mohon pada Mu Allah
agar melenyapkan perasaan ini
seandainya benar dia ditaqdirkan bukan untukku.

Tetapi seandainya dia telah ditaqdirkan untuk diriku
aku mohon kasih dan sayang Mu
agar memperkuatkan kasih sayangku padanya
selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu.

Ya Rahman Ya Rahim,
Cukuplan Engkau sahaja menjadi pemeliharaku
Didunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka

Amin………

Izinku Pergi

HAIKU

Ibarat kulit kerang
Dipersisiran pantai
Mengutipnya
Lalu kau lemparkan jauh
Adalah lebih baik
Daripada memijaknya
Lalu kakimu dilukai.

Tuesday, September 18, 2007

HTC TyTN II Berada di pasaran Malaysia

Dijangka berada di pasaran menjelang Oktober 2007
SRP RM3,088.00


Spesifekasi

Bila Cinta diDusta

KEMELUT CINTA

"Apabila sebuah percintaan itu diasaskan atas kematian orang lain maka kemelutnya juga akan berakhir bila berlaku kematian"
Pilihan ditangan Yanti untuk berlaku jujur dan ikhlas serta Takdir Tuhan menjemput diantaranya.


Ku tahu hatimu sekeras batu mengharap secebis cinta yang kau angankan. Kau sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan CINTA yang tak pasti.

Sedangkan dihadapan mu sebuah CINTA Suci menanti dengan kesetiaan. Sedikit demi sedikit kau hakiskan. Apa diharap padi seberang....

Aku tidak akan cuba melembutkan keras hatimu itu.

Aku juga tidak lagi akan bertanya kemana terbangnya bangau kerana aku rasa lebih tersiksa dipermainkan.

Aku tidak akan menangis kerana kemunafikan cintamu.

Semoga berbahagia sebuah cinta yang dibina atas kehancuran sekeping hati.

Pengorbanan bukan untuk mendapatkan cinta yang tak pasti tetapi untuk mempertahankan CINTA sejati.

Biar Bulan Bicara

Hanya Nyanyian Dalam Sepi

Monday, September 17, 2007

Kisah seorang sahabat yang dalam kemelut percintaan

Kau bertanya apakah:
Aku mendekati dikau kerana tubuh mu
Aku mencari pelbagai alasan kerana telah mendapat sesuatu yang berharga milik mu
Aku berharap untuk melakukannya lagi
Aku tidak ingin untuk hidup bersamamu selamanya

Aku jawab semua seolan dengan satu perkataan:
"YA"

Sedang kau lupa..
Menduakan aku kerana apa?
Bukan kerana tubuhnya dan pada orang itu juga bukan kerana tubuh mu ?
Kau sentiasa mengulangi soal kehormatan yang mungkin untuk menutup sesuatu. Mungkin bukan aku yang pertama.
Sehingga sanggup menidurinya.

Setelah kita calar balar bersengketa tidak mudah bagiku melupakannya. Seandainya sembuh sekalipun parut tetap tinggal.

Adilkan dalam keadaan calar-balar orang ketiga dipuja dan aku dijadikan tempat persinggahan. Untuk kau mengadu kesedihan seandai ditinggalkan.

Apa muslihat tiba-tiba berlaku mesra dan setia kembali kepadaku. Adakah sekadar lakonan agar aku tidang mengganggu mereka. Sekian lama tertipu membuat aku lebih berhati-hati.

Sabar sahabat ku... Kebahagian ada dimana-mana.

Tazkirah Ramadhan - ZINA


DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.

Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.

Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.

Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.

Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).

Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”

Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.

Sekarang ini mendapat isteri perlu berhati-hati kerana yang disunting mungkin sudah ternoda atau dinoda atau penoda. Tapi bila difikir kembali sama sahaja, baik lelaki baik wanita semuanya pernah merasa hubungan seks sebelum bernikah lalu buat apa berpura-pura wanita penzina bersama lelaki penzina bukankah keduanya sama sahaja ?

Firman Allah, yang bermaksud: “Penzina lelaki itu tidak bernikah melainkan dengan wanita penzina atau wanita musyrikah (kafir) dan wanita penzina itu tidak bernikah melainkan dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik (kafir) dan yang demikian itu diharamkan kepada orang yang beriman” ( An-Nur : 3).

Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

Tazkirah Ramadhan - ZINA

DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.

Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.

Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.

Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.

Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).

Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”

Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.

Sekarang ini mendapat isteri perlu berhati-hati kerana yang disunting mungkin sudah ternoda atau dinoda atau penoda. Tapi bila difikir kembali sama sahaja, baik lelaki baik wanita semuanya pernah merasa hubungan seks sebelum bernikah lalu buat apa berpura-pura wanita penzina bersama lelaki penzina bukankah keduanya sama sahaja ?

Firman Allah, yang bermaksud: “Penzina lelaki itu tidak bernikah melainkan dengan wanita penzina atau wanita musyrikah (kafir) dan wanita penzina itu tidak bernikah melainkan dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik (kafir) dan yang demikian itu diharamkan kepada orang yang beriman” ( An-Nur : 3).

Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

Jika kita mencintai seseorang

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

Di suatu hari kau datang dan bertanyaku apa yang lebih penting padaku : Dirimu atau nyawaku. Dan aku mengatakan nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu.
Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini...

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam
catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat

Manusia tidak jatuh 'ke dalam' cinta, dan tidak juga keluar 'dari cinta'. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta

Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

?Aku mencintaimu?, sukarkah untuk dilafazkan?

Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis

Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah

keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan
balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.

Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.

Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.

Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya.

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan

Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.

Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi. Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati

Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.

Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.

Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark

Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas

Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas bumi -Pujangga Barat

Cinta tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya

Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian

Cinta tidak mempunyai undang-undang

Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi

Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi

Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa Mexico

Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim

Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta

Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi.

Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.

Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah Jerman

Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun

Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk -Pepatah Belanda

Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah Greek

Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris

Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.

Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.

Jangan...

jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

Yang penting jangan jadi MUNAFIK dalam percintaan

Romantik, Caring, Sentimental Value, Sehati Sejiwa, Fantastik: Semuanya Hanyalah Plastik

elibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.

Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang bersyariatkan islam.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam ?

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating. Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat. Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang
sebenarnya.

Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas
cinta benar benar berlandaskan iman. Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan
mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli.
Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman di dalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apaapa kerana tiada asas malu.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah dikatakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.

Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala"

Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Friday, September 14, 2007

Niat-niat Puasa

Lafaz Niat Berbuka Puasa


" Yang bermaksud, Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih "


Lafaz Niat Puasa Sebulan



" Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala "


Lafaz Niat Puasa Harian



" Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala "


Tuesday, September 11, 2007

Kena Gout lagi...

KIFARAH dari Tuhan menjelang Ramadhan

Dah nak puasa ni ada saja yang tak kena... Tahun lepas bulan puasa kena gout.

Gout bukan disebabkan oleh permakanan semata-mata. Termasuk juga kurang rehat dan tidor dan oleh tekanan perasaan. Tambah lagi satu bila kita rasa tiada siapa yang ambil berat tentang kita. Bulan lepas pun kena jugak..

Monday, September 10, 2007

Refresh

Refresh balik kenangan yang hampir pudar kerana kelekaan dan mengharap sesuatu yg tak pasti.

Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut sesuatu yang belum pasti dan melupakan sesuatu yang pasti dan mereka hanya mampu menangis dan menyalahkan takdir senadainya gagal mendapatkannya.

Sunday, September 9, 2007

Keresahan II

Entah mengapa fikiran aku rasa terganggu

Puas au pujuk hati aku untuk menerima apa jua keadaan yang menimpa diri ini.

Aku tahu, aku bersalah didalam banyak hal kerana tidak mampu memahami hatinya apa lagi mebahagiakannya.

Aku sentiasa mencuba yang terbaik, namum mungkin takdirnya begitu. Aku pasrah atas takdir dari Yang Maha Esa.

Hanya Mu ya Allah yang tahu segalanya dan aku menerima takdir yang ditentukan. Mungkin ini ujian yang terbaik dariMu yaAllah bagi menyedarkan aku dari kelekaan aku selama ini.

Baru sebentar tadi aku berdoa memohon Kerahiman dan Kerahmatan dariMu.

Seperti suatu /'miracle'/ yang tidak boleh aku ceritakan berlaku atas kehendakNya dihadapan ku.

dan aku....

Mulai merasai KEDAMAIAN diHati beransur kembali.

Menghitung Hari

Sayang ku menghitung hari
Dengan debaran di hati
Saat-saat berjauhan teramat menyiksakan

Sayang sejak engkau pergi
Waktu seakan terhenti
Dalam rindu kubisikan lagi namamu

Belum pernah ku alami keresahan yang begini
Siang malam ku bagaikan tiada berbeza
Dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah
Menghitung hari untuk segera kembali

Sayang dalam perpisahan
Terlalu banyak godaan
Demi kejujuran ini
Tidak kuhiraukan

Sayang bila kesunyian
Ku diburu kebimbangan
Apakah aku berdosa merasa curiga

Dah lama tak dengar lagu Salamiah Hassan

Saturday, September 8, 2007

Monday, September 3, 2007

KERESAHAN

Dalam hidup ini dugaan demi dugaan adalah lumrah. Tanpa dugaan bukan penghidupan namanya.

Kekadang kita gembira, suka dan kekadang kita berduka. Yang lazimnya kita sentiasa dalam keresahan. Berbagai punca dan sebab yang membuatkan kita resah. Selalunya melibatkan perhubungan antara insan.

Sebagai muslim yang mengaku beriman, manusia terus mengeluh dan terus merintih. Dengan sedikit dugaan dari Tuhan, membuat kita hilang keimanan. Mengapa ya...

Aku tidak terkecuali dari menghadapi fenomena leresahan ini. Hari ini hati ku resah dan gundah tanpa sebab. Apa yang ku buat serba tak kena. Puas ku pujuk hati ini, tapi masih gagal. Aku mula mempersoalkan tentang keimanan ku sendiri.

Ya الله, kekadang aku juga lalai mengingati mu. Tersedar aku selama ini aku terlalu lalai dengan perintah mu. Aku tersedar kelalaian aku memenuhi perintah Tuhan menyebabkab hati menjadi resah. Engakau sebenarnya sedabg menduga kerana kelalaian aku selama ini.

Yang berlalu biar berlalu, yang dah berlaku lupakan. Dunia ni kan luas. Kalau tak disini disana. Kalau tak dia, mungkin orang lain, hari ini mungkin susah besok belum tentu. hari ini dia besok orang lain dan seterusnya.

Seandainya diri kita merasa kecewa, cuba renungkan sejenak nasib mereka yang mungkin kita pernah kecewakan. Jangan mengeluh dan menganggap ianya sebagai balasan kesilapan lalu kita. Tetapi jadikan ianya sebagai satu keadaan biasa yang akan dilalui oleh sesiapa sahaja.

Syair arab ada mengatakan:

PEDULIKAN APA YANG BERLAKU

Biarkan hari-hari itu melakukan apa saja,

Bertenaglah bila qada menjatuhkan hukuman,

Jangan tersentak dengan peristiwa (duka) malam hari,

Peristiwa di dunia ini tidak kekal selamanya.

(Bait imam syafei)

---------------------------------------------------------

KEAIBAN PADA DIRI KITA

Kita kerap meyalahkan zaman ini,

sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita,

tiada sebarang aib pada zaman kita,

kecuali diri kita sendiri.

Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya..

kalau zaman tahu mengatur kata,

tentulah ia mencaci kita kembali

Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..

sebenarkan kita memperdaya Yang Maha melihat kita

Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya ..

sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri

-----------------------------------------------------------

KUTUKAN TERHADAPKU

Sekiranya datang padamu kutukan terhadapku dari orang yang kurang (akhlaknya dan ilmunya)..

Itulah buktinya bahawa aku ini sebenarnya sempurna tiada kekurangan


----------------------------------------------------------

Ajal dan pertemuan di tangan Tuhan. Qadar mungkin boleh diubah dengan doa, qada' ada lah kata putus. Mengapa Qada' disebut dahulu dari Qadar?.. Tak faham...



ا
لرحمن, الرحيم berilah aku kekuatan menghadapi hidup ini.