Saturday, September 29, 2007

'Body Smell' atau 'Smell Of Love'

Ini pun cerita lama yang aku naikkan semula..

..... Aku terbaca kajian menegenai bau badan. Lebih 50% lelaki di Peranchis tertarik kepada wanita kerana bau badan. Bukan bau wangian yang dipakai. Aku terfikir, negara yang terkenal dengan wangi-wangian tetapi mengapa lelakinya lebih terpikat kepada bau badan. Memang manusia bersikap sebaliknya, berlawanan.

Aku juga mengalami hal demikian. Aku tertarik kepada seseorang kerana bau badan dan aku sering berharap dapat berada berdekatan dengannya.

Mula aku berjumpa dengan dia kira-kira setahun yang lalu. Semenjak dari itu aku kerap teringat bau badannya.

Setelah lebih setahun aku tidak mendapat peluang bertemu dengannya.Akhir-akhir ini aku berpeluang mendekatinya semula dan aku sering mencari jalan untuk mendekati.

Aku boleh mengetahui kehadirannya hanya dengan bau badan. Lebih dari itu aku seolah-olah dapat menghidu kehadirannya lebih awal bila fikiran ku terbayangkan bau tersebut.

Kata mak aku, bau akan jadi penarik kalau ada rasa cinta dan tidak menarik bila sebaliknya. Aku katakan mungkin ya dan tidak. Kerana pada mula aku tertarik kepada bau badannya, aku tidak memiliki rasa cinta terhadapnya. Mungkin juga bau badan boleh meransang cinta. 'body chemistries', begitulah pendapat mak aku.

Aku cuba memikir bila dimana dan mengapa bau badanya begitu. Mulanya aku menyangkakan mungkin bau badan kerana dia kurang tidur. Tapi akhirnya aku mula perasan, bau badannya akan mula terhidu selepas dia menunaikan solat. Aku memang pasti...

Entah lah, adakah cuma tertarik kepada 'body smell' atau adakah ini 'smell of love'?

Macam musang pandan lah pulak engkau ni ....

1 comment:

  1. manusia, makhluk yg punya ciri2 kebinatangan spt haiwan2 lain, tdk t'lepas drp syahwat kebinatangan. ini termasuklah daya tarikan terhadap pheromone. pheromone adalah bahan kimia yg pernah dikenali sbg aroma napas tubuh seseorang oleh umat2 terdahulu yg mampu menimbulkan reaksi drp jantina bertentangan.

    apa kaitan pheromone dgn aura solat kita?

    sptmana teori2 sains yg benar sblm ini, kebesaran Allah akan pasti terungkai skali lagi...

    "sesungguhnya, pada penciptaan langit dan bumi serta pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir (ulul al-bab). yang mengingati Allah ketika berdiri dan baring dan di antaranya sambil memikirkan tentang fenomena kejadian langit dan bumi seraya berkata, 'ya Tuhan kami, tidaaklah Kau jadikan ini sia2, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab api neraka"

    ReplyDelete