Friday, January 30, 2009

Tajol letak jawatan, Najib dilantik Pengerusi Umno Perak


DATUK Seri Tajol Rosli Ghazali ketika tiba di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.


KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat lebih tiga jam, menerima keputusan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkuasa kuasa serta-merta.

Kekosongan itu diisi oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Jawatan Timbalan Pengerusi Umno Perak pula akan disandang oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Najib dan Zahid hanya akan memegang jawatan itu sehingga akhir Mac ini.

Umno dijadual mengadakan perhimpunan agung dan pemilihan pucuk pimpinan pusat Mac ini.

Ia merupakan antara keputusan yang diputuskan oleh mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bermula pukul 9 malam tadi.

"Pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta, jadi mulai sekarang Datuk Seri Najib adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak," kata beliau pada sidang akhbar di sini awal pagi ini.

Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata, alasan yang diberikan oleh Tajol ialah "adalah lebih baik orang lain memimpin Perak selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota menyertai pembangkang."

"Kita hanya menghormati kehendak dan keputusan yang dibuat (Tajol)," katanya lagi.

Selain itu, Abdullah yang juga Pengerusi BN memberitahu, MT juga memberi penjelasan Tajol mengenai kedudukan Umno dan BN Perak khususnya mengenai keputusan ADUN Bota keluar parti.

Di Kampar pagi tadi, Tajol mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Gerik pada 29 Mac ini.

Kata Tajol, beliau juga tidak akan bertanding mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi pada perhimpunan agung Umno dari 24 hingga 28 Mac ini, yang sekali gus akan menyebabkan semua jawatan yang disandangnya melalui lantikan termasuk sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, tergugur.

Malah beliau menyelar sebuah akhbar hari ini yang melaporkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.

"Saya terperanjat dengan laporan itu. Akhbar itu memang tidak beretika. Selama ini hubungan saya dengan wartawan memang baik tapi hari ini saya memang marah dengan akhbar itu.

"Laporan itu tidak sepatutnya dibuat kerana ia merupakan satu mesyuarat tertutup dan tidak sepatutnya apa yang berlaku dalam mesyuarat itu dilaporkan," katanya.

Akhbar berkenaan dalam laporan muka depannya mendakwa Tajol pada majlis perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit di Bangunan Umno Parit lewat petang Selasa lalu mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Thursday, January 29, 2009

DIET ORANG BERPENYAKIT GOUT

*Ayam goreng bersama peria katak goreng (Mengapalah di namakan peria 'katak')

UPDATE ROM WM 6.5 HTC TYTN II

Tajol nafi letak jawatan

  • Selepas PRU 12 yang lalu beberapa negeri telah di kuasai oleh Pakatan Rakyat.

  • Aku menjangkakan negeri-negeri tersebut akan mendapat Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru dari kalangan pemimpin tertinggi peringkat kebangsaan.

  • Seandainya jawatan tersebut masih dipegang oleh bekas MB atau Pengerusi PErhubungan sedia ada, besar kemungkinan mereka akan gagal dalam melaksanakan tangungjawab mereka.

  • Di Selangor, Khir Toyo secara 'gentlement' meletakkan jawatan dan aku tergambar Dato Seri Mohd Najib akan memangku jawatan tersebut sehingga Perhimpunan Agong UMNO. Aku menjangkakan Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, Kedah kecuali Pulau Pinang akan mengambil langkah sama. Aku katakan Pulau Pinang terkecuali kerana aku memahami ego pengerusinya. Apa yang aku fikirkan tidak menjadi kenyataan.

  • Untuk menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO tanpa memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan adalah amat merumitkan. Mereka akan diperlekehkan oleh Ketua-ketua Bahagian malahan mungkin menerima cemuhan kerana kegagalan menjadi pemerintah. Siapa sahaja yang akan dilantik dikalangan mereka akan kurang dihormatimalahan akan di persendakan.

  • Pengerusi Perhubungan menghadapi masalah untukmelaksanakan apa jua program atau gerakkerja bagi kepentingan parti. Lebih teruk lagi apabila Pengerusi Perhubunga sibuk dengan perancangan untuk merebut jawatan didalam Perhimpunan Agong UMNO. Mereka tiada masa merencanakan untuk menawan semula negeri masing-masing.

  • ADUN pula menghaapi masalah peruntukan untuk tujuan pembangunan dikawasan masing-masing. Peruntukan Kerajaan Persekutuan yang diagih melalui Pengerusi Perhubungan tidak terjamin diagihkan samarata di kalangan DUN BN. Pengerusi Perhubungan tidak mampu untuk menyediakan peruntukan sebaliknya hanya mampu menghabiskan peruntukan.

  • Kalau Pengerusi Perhubungan benar-benar sayangkan UMNO dan mahu melihat Barisan Nasional masih relevan, adalah lebih baik mereka meletakkan jawatan secara terhormat. Berikan jawatan tersebut kepada Presiden, Timbalan atau Naib-naib Presiden UMNO Kebangsaaan.

  • Mementingkan diri menyebabkan kalangan pengundi menjadi meluat begitu juga dikalangan ADUN-ADUN Barisan Nasional sehingga berlaku gejala lompat parti.

Tajol nafi letak jawatan

KAMPAR 29 Jan. - Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali hari ini menafikan laporan akhbar yang mengatakan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

``Kenyataan itu telah diambil daripada pihak lain bukan daripada saya. Laporan itu tidak beretika,'' katanya. - Utusan.

Wednesday, January 28, 2009

BN PERAK HARUS GESA NASARUDDIN LETAK JAWATAN

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) Perak perlu melakukan gerakan besarbesaran bagi menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota Datuk Nasaruddin Hashim meletakkan jawatan berikutan tindakannya melompat parti.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kemenangan Nasaruddin pada pilihan raya lalu adalah di atas tiket BN, justeru keputusan beliau untuk melompat parti memusnahkan kepercayaan yang diberikan oleh pengundi di kawasan itu.

"Jika saya orang Perak, saya akan mula bentuk (gabungan) semua NGO dan ketua kampung sekarang menuntut peletakan jawatannya. BN Perak harus membuat keputusan seperti ini bagi menyedarkan rakyat.

"Kita ada beribu cawangan di Perak, cawangan Umno, Putera, Puteri, Pemuda, Wanita semua harus bersuara...Kalau setakat keluar di suratkhabar ia tidak akan memberi kesan," kata Menteri Luar itu kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat pelantikan kepada wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Datuk Othman Hashim, di sini hari ini.

Dr Rais berkata beliau juga yakin BN akan menang sekali lagi sekiranya pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan itu.

Beliau turut menegaskan bahawa BN masih kuat dan masih boleh bangkit, dan mereka yang cuba melompat keluar dari BN akan menyesal sendiri setelah melihat kekuatan parti nanti.

Pada Ahad lepas, Nasaruddin yang menang dengan majoriti 2,068 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Usaili Alias pada pilihan raya umum Mac lalu mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai PKR.

Perak kini diterajui pakatan pembangkang Pas, DAP dan PKR dengan menguasai 31 kerusi DUN manakala BN 28 kerusi.

Mengulas cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail memansuhkan sayapsayap parti bagi menghapuskan gejala politik wang, Dr Rais berkata setiap cadangan untuk memperbaiki Umno pada ketika ini akan diambil kira, namun cadangan itu haruslah praktikal dan mendatangkan faedah.

"Jika didapati suara majoriti nanti bahawa sayapsayap tersebut sesungguhnya tidak mendatangkan faedah atau melemahkan perjuangan tentu MT akan buat keputusan itu.

"Pada masa ini memang kita menggalakkan semua pihak memberi pandangan tetapi kita jangan terlalu mabuk pandangan pada masa ini selain daripada menghapuskan rasuah dalam parti dan mengukuhkan Umno itu sendiri," katanya

Tuesday, January 27, 2009

KENYATAAN HUSAM MUSA BERHUBUNG NASIB MALANG MENDIANG KUGAN

  • Punya lah nak mengambarkan kejamnya polis terhadap bangsa india...sampai sanggup nak menjadi hamba kapir...

  • Ikhlas ke si Husam ni, atau semata mata nak keuntungan politik murahan.

  • Ramai betul opportunist yang mengambil kesempatan atas kematian Kugan suspect penyamun dan pencuri kereta mewah... sungguh beruntung kugan dan saudara-maranya atas keperihatinan 'opportunist2' politik ni..

  • Sekarang ini jadi penjenayah lagi untung... bila mampos semua respek.

  • Aku harap HUSAM akan dapat menghadirkan diri ke majlis pengebumian mana-mana saspek penjenayah... mulia sungguh penjenayah bernama kugan tu.

Semalam, Isnin 26hb Januari 2009 Dato' Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan telah melawat keluarga mendiang Kugan Ananthan di Puchong, Selangor, bersama-sama dengan Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Pas bagi Kota Raja.

Lawatan tersebut berlaku serentak dengan lawatan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang diketuai oleh YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan disertai bersama oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa ahli parlimen Keadilan yang lain.

Berikut adalah kenyataan rasmi YB. Dato' Haji Husam Musa.

Mengikut Al Quran, membunuh satu jiwa adalah dianggap sama beratnya seperti membunuh manusia seluruhnya. Begitu juga, barangsiapa yang memberikan peluang hidup kepada satu jiwa maka dia seolah-olah memberikan peluang hidup kepada manusia seluruhnya.Begitu dalam sekali Al Quran menanam sifat kemanusiaan kepada seluruh umat manusia.

Baik satu jiwa kanak-kanak yang dibunuh dengam kejamnya oleh tentera Israel, mahupun Kugan Ananthan, rakyat kita keturunan India yang mati sewaktu di dalam tahanan lokap polis setelah ditangkap kerana disyakki terlibat dalam kes kecurian kereta.

Seluruh badan Kugan cedera parah. Mengikut laporan berita, keluarga Kugan mendakwa beliau tidak diberi makan dan minum selama 7 hari. Sewaktu keluarga beliau menuntut mayat beliau di Hospital Serdang, mereka melihat mulutnya berbuih, dan kesan- kesan luka berat di muka dan hampir seluruh badan.

Masih belum jelas kepada kita semua apakah kesalahan Kugan, kerana kes beliau masih disiasat, dan beliau mati sewaktu polis masih menjalankan siasatan ke atas beliau. Malangnya, akhbar-akhbar dan media tempatan lain cuba memberikan gambaran bahawa Kugan adalah pencuri "kereta mewah". Langkah ini hanyalah akan menambahkan luka hati kepada keluarga mangsa. Kenapa prinsip "innocent until proven guilty" tidak dihormati dan diamalkan di sini?

Jika derita Palestin kita hayati, berilah sedikit ruang kesaksamaan kepada keluarga yang sedang sedih dan menderita ini. Mereka kehilangan seorang ahli keluarga yang tersayang dengan cara yang amat menyayatkan hati.

Hari Rabu ini, mayat Kugan Ananthan akan disemadikan di Puchong, Selangor. Malangnya saya tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan. Saya berharap rakan-rakan Pas yang lain dapat mengiringi jenazah mendiang Kugan nanti.

HUSAM MUSA

ScreenShot004.jpg

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG ISU KEMATIAN MENDIANG SAUDARA A. KUGAN DAN RANCANGAN PERHIMPUNAN OLEH HINDRAF

Perarakan bersifat perkauman dan provokatif seumpama ini mampu menimbulkan perasaan benci masyarakat Islam dan Melayu di negara ini. Jika ini berlaku, pihak PEWARIS tidak teragak-agak untuk keluar dan berkumpul beramai-ramai menentang perarakan ini. Kami juga sanggup ditahan oleh pihak polis demi mempertahankan keamanan dan kemakmuran di negara ini.




PEWARIS adalah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik. Oleh itu, PEWARIS menyeru dan mengingatkan mana-mana parti politik, Badan-badan Bukan Kerajaan atau orang perseorangan agar tidak menjadikan isu kematian mendiang saudara A.Kugan sebagai isu perkauman yang mampu memecah-belahkan perpaduan kaum yang telah sedia terjalin di negara ini. Adalah diingatkan juga, ahli-ahli politik yang terlibat dan dilantik sebagai Timbalan Menteri dan Senator bertanggungjawab kepada semua kaum, bukan hanya kepada satu kaum tertentu sahaja. Tugas dan tanggungjawab ini perlulah digalas dengan jujur dan ikhlas.


Kami menghargai tugas dan tanggungjawab YB Senator T.Murugiah yang sanggup berada di Hospital Serdang bagi memastikan tiada berlaku sebarang kekecohan antara pihak keluarga mendiang dan pihak hospital. Namun, di kesempatan ini, PEWARIS ingin melahirkan rasa terkilan kerana sehingga ke hari ini, permohonan kami untuk berjumpa dan menyerahkan memorandum Bantahan Penternakan babi di Paya Mengkuang, Melaka tidak dipedulikan. Sudah hampir lebih seminggu pihak PEWARIS gagal mendapatkan temujanji bagi membincangkan permasalahan ini, termasuklah menghantar surat rasmi namun semuanya tidak berhasil. Selama hampir 20 tahun, seramai 24,000 orang penduduk Paya Mengkuang di Melaka terpaksa menghadapi penderitaan ini disebabkan kegagalan pemimpin-pemimpin melaksanakan tanggungjawab mereka.


Isu kematian mendiang Saudara A.Kugan adalah satu kes jenayah dan ianya perlu diselesaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa campur tangan orang-orang politik. Mereka yang tidak berhubungkait tidak perlu memberi ulasan atau pandangan yang bercorak provokatif yang bakal menimbulkan kemarahan pada masyarakat Islam dan Melayu. Sebelum ini pun, terdapat ramai bangsa-bangsa lain seperti Melayu dan Cina yang mati di dalam lokap dan di tali gantung, tetapi tidak ada dilihat pemimpin dari mana-mana parti, baik UMNO dan PAS bergegas ke rumah mayat atau ke kubur dan mendesak untuk diadakan bedah siasat kali kedua.


Jika seseorang pemimpin merasakan dirinya bertanggungjawab dan peka kepada sensitiviti perkauman di negara ini, PEWARIS ingin menyarankan agar dua orang Timbalan Menteri tersebut termasuklan Presiden MIC, Dato' Seri Samy Vellu membuat pengisytiharan kepada masyarakat India agar tidak berkumpul beramai-ramai di Hospital Universiti atau berarak dan menimbulkan sebarang huru-hara sewaktu majlis pengebumian jenazah mendiang saudara A.Kugan esok. (28 Januari 2009). PEWARIS merasakan tanggungjawab menentukan keamanan di Negara ini tidak terletak di bahu pasukan Polis sahaja.


Perarakan bersifat perkauman dan provokatif seumpama ini mampu menimbulkan perasaan benci masyarakat Islam dan Melayu di negara ini. Jika ini berlaku, pihak PEWARIS tidak teragak-agak untuk keluar dan berkumpul beramai-ramai menentang perarakan ini. Kami juga sanggup ditahan oleh pihak polis demi mempertahankan keamanan dan kemakmuran di negara ini.


Untuk pemimpin Hindraf, saudara P.Waytha Moorthy yang berada di London, PEWARIS menasihatkan agar beliau tidak mencampuri urusan perundangan dan perlembagaan Negara ini. Beliau bukan lagi warganegara Malaysia kerana telah memegang pasport British.


Beliau tidak perlu keluarkan komen dan pandangan dari jauh berhubung hal negara orang lain seperti di dalam MalaysiaKini (Ini bukan PJJ - bukan Pelajaran Jarak Jauh tapi Politik Jarak Jauh). Seorang pemimpin dan pejuang yang bertanggungjawab tidak akan meninggalkan orang-orang yang memerlukannya menderita dan susah keseorangan. Kenyataan-kenyataan palsu yang turut dikeluarkan oleh beliau di dalam laporan tahunan 2008 Malaysian Indian Minority & Human Rights Violations semasa di Chennai, jelas menunjukan bahawa beliau sendiri tidak memahami dan menghayati perlembagaan negara ini berbanding dengan warga-warga India Malaysia yang lain. Pemimpin seperti inilah yang akan membuatkan rakan-rakan India kita di Malaysia terus ketinggalan dan tertindas.


PEWARIS menyarankan agar kita perlu fokus dalam menangani masalah kegawatan ekonomi yang sedang berlaku dan bersatu-padu mengatasi halangan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah bagi menjana ekonomi masyarakat dan individu di Negara ini. [END]


source:http://pewarisummah.blogspot.com/

Sunday, January 25, 2009

EKORAN ISU DERMA LEMBU, KHALID MAHU DEDAH BELANJA BN

Dedah jangan tak dedah. Buat laporan terus kepada SPRM.
Nanti kita tengok siapa yang gagap dan siapa bercakap macam lembu.
KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, beliau akan mendedahkan dokumen membabitkan perbelanjaan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Beliau berkata, tindakan ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mendedahkan dokumen mengenai pembiayaan lembu korban baru-baru ini telah mendorong beliau untuk melakukan tindakan yang sama.

Bagaimanapun, beliau berkata dokumen itu akan hanya didedahkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Ini sebab saya belajar daripada dia (Dr Mohamad Khir) tetapi saya akan dedahkan hanya di dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) Selangor... bukan di tempat sembarangan.

"Kita mesti hormati OSA (Akta Rahsia Rasmi) kerana kita telah angkat sumpah tetapi saya akan buat (pendedahan) dan saya percaya dia (Mohamad Khir) setuju," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Projek Perintis Laman Dapur Dewan Undangan Negeri Ijok di sini hari ini.

Baru-baru ini Dr. Mohamad Khir mendedahkan beliau mempunyai salinan minit mesyuarat bertarikh 28 November tahun lepas yang disahkan Menteri Besar yang mengarahkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNs), Selangor Incorporated Corporation (SIC) membiayai RM110,400 untuk pembelian 46 ekor lembu bagi ibadah korban dan peruntukan itu perlu ditanggung anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Bekas Menteri Besar Selangor itu juga mendakwa mempunyai resit pembayaran bagi lembu berkenaan berjumlah RM110,400 bertarikh 16 Disember dan memberitahu kesemua bukti itu telah diposkan kepadanya.

Ditanya sejauh mana kebenaran dakwaan Dr. Mohamad Khir itu, Abdul Khalid berkata: "(Dakwaan) Tidak berapa betul kerana saya hanya beri senarai surau di Bandar Tun Razak apabila PKNS putuskan untuk serah lembu di kawasan itu setelah mendermakan lembu di seluruh kawasan Selangor."

"PKNS dan anak syarikatnya hanya menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya sahaja," kata beliau dipetik Bernama.

Mengenai dakwaan Mohamad Khir bahawa segala hasil negeri perlu dimaklumkan kepada Sultan Selangor, Abdul Khalid berkata, ketua pembangkang itu tidak sepatutnya membabitkan sultan dalam isu itu.

Sementara itu, beliau berkata dalam pertemuannya dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini, baginda bersetuju sebanyak RM1 juta daripada hasil kutipan zakat disumbangkan kepada Palestin.

ADUN BOTA DARI UMNO SERTAI PKR

Abdullah masih lena dibuai mimpi. Tidak sedar apa yang telah berlaku terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Inilah kesan dari percaturan politik Abdullah, menantu dan Pengerusi Perhubungan UMNO yang rakus mencatur politik mereka sendiri.

Mereka tidak peduli akibatnya kepada Agama Bangsa dan Tanahair.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.

Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.

Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.

Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.

Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.

Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.

"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.

Anwar berkata, hal itu merupakan satu anjakan perubahan memandangkan salah satu sebab Nasarudin menyertai PKR adalah atas kehendak rakyat di kawasannya.

"Saya melihat ini sebagai satu permulaan baru dan anjakan perubahan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Ketika ditanya berhubung PKR Pulau Pinang yang mendakwa kerajaan negeri yang dikuasai DAP tidak mengadakan perbincangan dengan parti itu sebelum membuat sesuatu keputusan, Anwar berkata, beliau telah menerima laporan berhubung perkara itu daripada kerajaan negeri pagi tadi.

"Itu adalah isu di peringkat kerajaan negeri. Kita akan adakan perbincangan di peringkat Pakatan Rakyat di Pulau Pinang," katanya.

LEPAK DI SUNGAI INKI SEMPENA RAYA CINA

Thursday, January 22, 2009

Pengawal terima penghargaan

mainpix.jpeg


KUALA LUMPUR: "Surat penghargaan yang diterima ini pengiktirafan tertinggi yang pernah diperoleh seumur hidup," kata Hairul Azuan Hamid, 29, Pengawal Keselamatan yang menyelamatkan nyawa seorang bayi yang dibuang dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, kelmarin.


Beliau menerima surat penghargaan itu daripada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini semalam.


Hairul berkata, surat penghargaan itu dianggap peristiwa bersejarah dalam hidupnya, malah langsung tidak menyangka akan menerimanya.


Menurutnya, dia menerima panggilan kira-kira jam 2 petang hari sama dia menjumpai bayi terbabit.


"Sebaik memperkenalkan diri sebagai pegawai dari bahagian Perhubungan Awam IPD Ampang Jaya, saya terkejut apabila diminta hadir ke IPD itu pada keesokan harinya bagi upacara penyampaian surat penghargaan.


"Antara rasa percaya dan tidak, saya ke IPD Ampang Jaya keesokannya (semalam) dan mendapati saya satu-satunya orang awam yang menerima sijil ini," katanya.


Dengan penuh rendah diri, Hairul, berkata semua ini sebahagian tanggungjawabnya sebagai masyarakat bagi membanteras kegiatan tidak bermoral.


"Sebagai anggota masyarakat, rasa prihatin, berani dan tanggungjawab perlu disemai bagi mengurangkan kadar jenayah di negara ini demi kesejahteraan bersama," katanya.

Wednesday, January 21, 2009

Campak bayi marahkan isteri

Kalau tak nak anak tu, bagi kat aku. Binatang pun tahu sayangkan anak. Ya Allah comelnya baby ni


anak.jpg


AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.


Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit.


Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.


Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.


Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.


Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.


Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh.


"Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.


"Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur," katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.


Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.


"Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali," katanya.


Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.


Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu 'objek' sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.


"Selepas 'objek' itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.


"Apabila cuba sekali lagi mengambil 'barang' dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta," katanya.


Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.


Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.


"Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang," katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.


"Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.

Tuesday, January 6, 2009

Berkempen di Pulau Kambing bersama Menteri Kerjaraya

Pertandingan tiga penjuru di K. Terengganu

KUALA TERENGGANU 6 Jan. – Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Bebas.

BN yang diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.13 pagi.

Calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut pula menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.18 pagi.

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.58 pagi.

Pengumuman pengesahan pertandingan tiga penjuru itu diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya, Datuk Mat Razali Kassim pada pukul 11.28 pagi.




MELAWAT BILIK GERAKAN BARISAN NASIONAL-SELANGOR


Sunday, January 4, 2009

MENUJU KE KUALA TERENGGANU


IMAG0046-759521-759977.jpg


Singgah mkn di Paya Serai


IMAG0048.jpg


Melalui Pantai Cherating

MUDAH.MY

Dapat email balasan dari komen aku pasal iklan berbaur perkauman.

Terima kasih mudah.my


Dear Kamaluddin,  Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Untuk pengetahuan anda,kami menerima lebih daripada 6000 iklan setiap hari di mana iklan-iklan tersebut akan diperiksa dengan seteliti yang mungkin. 
Semasa proses tersebut, ada sebilangan iklan yang terlepas dari pandangan atau secara tidak sengaja diterbitkan dalam laman web kami. Kemudian, kami akan memeriksa semula semua iklan yang diterbitkan dalam laman web http://www.mudah.my untuk memastikan iklan yang tidak bersesuaian dengan terma dan syarat yang kami tetapkan akan dibatalkan /dikeluarkan dari http://www.mudah.my.  Kami sentiasa berusaha agar iklan yang diterbitkan dalam laman web http://www.mudah.my tulen dan bersih dari sebarang isu sensitif dan 'fraud'.  Kadangkala, kesilapan manusia juga berlaku sepanjang proses ini di mana kami mungkin tersilap menerbitkan iklan yang tidak sepatutnya diterbitkan.   Kami memohon maaf di atas kesilapan yang telah berlaku, sehingga tersilap menyiarkan iklan tersebut. Kami telahpun membatalkan iklan tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengiklan terbabit. Beliau telah disekat dari menggunakan perkhidmatan kami seterusnya.   Kami akan berusaha untuk memastikan iklan yang sensitif dan berunsur perkauman seperti itu tidak disiarkan lagi di masa akan datang di dalam laman web http://www.mudah.my.   Sekiranya anda memerlukan keterangan lanjut dan mahu kami menghubungi anda secara terus, sila sertakan nombor telefon anda. Kami bersedia menghubungi anda bagi menjelaskan situasi yang berlaku agar anda berpuas hati dengan penjelasan kami.   Kami berharap agar penjelasan di atas dapat membantu menjelaskan keraguan anda. Anda dialu-alukan untuk menulis kepada kami bagi sebarang keraguan di masa akan datang.   Sekian, terima kasih.   Noor - Mudah.my Customer Service  http://www.mudah.my/ | The marketplace of Malaysia 

Friday, January 2, 2009

SELAMAT TAHUN BARU - 'KENDURI GADIS'

KUANTAN: Sekumpulan lima remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikesan memilih cara yang menjijikkan menyambut malam tahun baru apabila menjadikan seorang gadis berusia 16 tahun sebagai 'lauk' untuk kenduri seks di sebuah hotel bajet di Jalan Besar, di sini.

Perbuatan terkutuk mereka dikesan sepasukan penguat kuasa agama yang membuat serbuan dalam operasi mencegah maksiat mulai jam 6 pagi di hotel murah sekitar bandar.

Difahamkan, kumpulan remaja terbabit berasal dari Kuantan menginap di hotel berkenaan selepas meraikan sambutan tahun baru di bandar ini.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam (Jaip), Badaruddin Ahmad Bustami, berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia semuda itu sanggup menggadai maruah dengan mengadakan hubungan seks dengan ramai lelaki tanpa memikirkan risiko.

PEMBACA, PELAKON 'BEBAS' TUDUHAN PESTA SEKS,DIREMAN HINGGA AHAD

KUALA LUMPUR Seramai 26 orang termasuk pembaca berita dan pelakon wanita, yang ditahan kerana dipercayai mengadakan parti seks di sini sempena Tahun Baru 2009 awal semalam, tidak akan dikenakan tuduhan berkaitan pesta seks.

Sebaliknya mereka telah dirujuk kepada jabatan narkotik untuk tindakan lanjut kerana menggunakan dadah.

Mereka termasuk seorang pembaca berita berusia 22 tahun, yang berkhidmat dengan rangkaian televisyen swasta dan seorang pelakon wanita sambilan, yang juga penulis skrip.

Kesemua mereka ditahan dalam serbuan polis di sebuah bilik di tingkat 11 hotel empat bintang di Jalan P. Ramlee kira-kira 3.30 pagi semalam.

Ketika serbuan kesemua mereka berpakaian lengkap manakala beberapa kondom yang tidak digunakan juga ditemui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Kominisioner Kanan (II) Ku Chin Wah berkata, kes itu telah dipindahkan ke jabatan narkotik untuk tindakan lanjut kerana dadah ditemui di kawasan kejadian.

Ketua Jabatan Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, ujian awal menunjukkan sembilan orang termasuk pembaca berita dan pelakon berkenaan positif mengambil dadah.

"Kesemua sembilan orang itu, yang berusia antara 20 dan 30 tahun didapati positif ujian menggunakan ekstasi dan ketamin dan mereka akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur Hospital untuk ujian lanjut," katanya.

Kang juga berkata, kesemua mereka akan direman hingga Ahad ini.

"Kami menyoal mereka untuk memberitahu sumber dadah diperoleh untuk siasatan lanjut," katanya.

Majistret Amalia Marsita Hamdan membenarkan reman ke atas mereka di bawah Seksten 15 (1)(a) Akta Dadah Berbajaya dan Seksyen 39A (1) akta yang sama.

PESTA SEKS: PENYAMPAI BERITA, PELAKON DITAHAN POSITIF DADAH

KUALA LUMPUR: Seorang penyampai berita televisyen swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam pesta seks dan dadah sambutan tahun baru di sebuah bilik hotel di Jalan P. Ramlee di sini, awal pagi tadi.

Operasi pukul 3.30 pagi yang diketuai oleh ASP Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat, judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL )itu turut mendapati pembaca berita wanita dan pelakon itu positif dadah.

Mahani berkata, serbuan di sebuah bilik di tingkat 11 itu turut menemui pelbagai jenis dadah seperti ketamin, kokain dan syabu serta minuman keras.

"Kesemua 26 yang ditahan berumur 18 hingga 31 tahun dan sembilan daripadanya iaitu enam lelaki dan tiga wanita positif dadah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata pembaca berita wanita itu gagal dalam saringan pertama ujian air kencing yang mana didapati positif dadah jenis ketamin dan syabu.

Mahani berkata turut ditahan dalam serbuan itu seorang pelajar dari sebuah kolej swasta di Kelana Jaya berusia 20 tahun yang dipercayai ejen pembekal dadah.

Katanya ketika serbuan terdapat tiga pasangan berada di atas katil manakala selebihnya sedang berhibur dalam keadaan separuh sedar dipercayai mabuk.

Difahamkan pesta seks dan dadah itu dianjurkan oleh dua lelaki dan kesemua mereka berkenalan di dalam kelab dan melalui rangkaian laman web friendster.