Sunday, January 4, 2009

MUDAH.MY

Dapat email balasan dari komen aku pasal iklan berbaur perkauman.

Terima kasih mudah.my


Dear Kamaluddin,  Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Untuk pengetahuan anda,kami menerima lebih daripada 6000 iklan setiap hari di mana iklan-iklan tersebut akan diperiksa dengan seteliti yang mungkin. 
Semasa proses tersebut, ada sebilangan iklan yang terlepas dari pandangan atau secara tidak sengaja diterbitkan dalam laman web kami. Kemudian, kami akan memeriksa semula semua iklan yang diterbitkan dalam laman web http://www.mudah.my untuk memastikan iklan yang tidak bersesuaian dengan terma dan syarat yang kami tetapkan akan dibatalkan /dikeluarkan dari http://www.mudah.my.  Kami sentiasa berusaha agar iklan yang diterbitkan dalam laman web http://www.mudah.my tulen dan bersih dari sebarang isu sensitif dan 'fraud'.  Kadangkala, kesilapan manusia juga berlaku sepanjang proses ini di mana kami mungkin tersilap menerbitkan iklan yang tidak sepatutnya diterbitkan.   Kami memohon maaf di atas kesilapan yang telah berlaku, sehingga tersilap menyiarkan iklan tersebut. Kami telahpun membatalkan iklan tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengiklan terbabit. Beliau telah disekat dari menggunakan perkhidmatan kami seterusnya.   Kami akan berusaha untuk memastikan iklan yang sensitif dan berunsur perkauman seperti itu tidak disiarkan lagi di masa akan datang di dalam laman web http://www.mudah.my.   Sekiranya anda memerlukan keterangan lanjut dan mahu kami menghubungi anda secara terus, sila sertakan nombor telefon anda. Kami bersedia menghubungi anda bagi menjelaskan situasi yang berlaku agar anda berpuas hati dengan penjelasan kami.   Kami berharap agar penjelasan di atas dapat membantu menjelaskan keraguan anda. Anda dialu-alukan untuk menulis kepada kami bagi sebarang keraguan di masa akan datang.   Sekian, terima kasih.   Noor - Mudah.my Customer Service  http://www.mudah.my/ | The marketplace of Malaysia 

No comments:

Post a Comment