Sejak kenaikan harga minyak secara mendadak, kerajaan mengambil berbagai langkah untuk meringankan beban rakyat (kononnya)
Pemberian rebet, gaji 2 kali sebulan (dah tak jadi pulak-pelik lah Abdullah ni) dan berbagai-bagai langkah lagi lah kononnya akan dibuat.
Yang lebih teruk adalah langkah berjimat cermat kerajaan.
Tidak kah nanti langkah ini mengundang petaka kepada berbagai industri. Sebagai contoh industri perhotelan bila kerajaan mengumumkan tidak mahu lagi mengadakan seminar di hotel-hotel. Maka ramailah nanti pekerja industri ini terpaksa berhenti akibat kelembapan pasaran. Dimana mereka hendak mencari nafkah. Bukan senang untuk berubah dari satu kemahiran kepada pekerjaan yang memerlukan kemahiran berbeza. Industri lain juga mengalami kemerosotan dan tidak mampu mengambil mereka yang tidak bekerja.
Kalau langkah yang dibuat oleh pemimpin boleh dipertikai oleh orang ditepi jalan waima penagih dadah, maka tidaklah layak mereka memimpin.
Pemimpin kena berfikir mendahuli yang lain dan melampaui waktu serta berinovatif.
Nor Mohamed Yaacob bukan lah cerdik sangat.. Beliau sebenarnya memiliki pemikiran seorang spekulator bukan ahli ekonomi. Semasa di Bank Negara perkhidmatan beliau tidaklah secemerlang mana.
Semasa zaman Tun Dr Mahathir beliau cuma penasihat dari segi 'rules and regulation' perekonomian sahaja bukan merancang macam di zaman Abdullah. Nak harap Abdullah memberi sentuhan ekonomi, memang hancurlah negara. Serah sahaja bulat-bulat kepada penasihat yang lebih berminat menjadi spekulator.
Apa rekod kecemerlangan Nor Mohamed? Mun Long? cuba sebut mana yang mendapat sentuhan beliau akhirnya berjaya?
Maka jangan hairan nanti di kota-kota besar akan banyak 'lubang yang berjalan-jalan' untuk mencari sesuap nasi.
Itulah teori ekonomi terbaik yang boleh difikirkan oleh Imam Hadhari.

No comments:
Post a Comment