Wednesday, June 18, 2008

Nak memulakan hobby marine aquarium - aku bagi sedikit petua


Aku mula tertarik dengan marine aquarium sejak aku terlepas penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Bagi mengisi masa aku bersantai di laut Jedah dan melihat kepada ikan-ikan berenang bewarna warni.

Sebelum ini aku ada beberapa aquarium freshwater dengan berbagai spesis ikan, ikan sungai dan ikan hybrid.

Yang menariknya ikan marine kerana warnanya yang menyerlah.

Kepada sesiapa yang ingin memulakan hobby memelihara ikan air masin, aku turunkan sedikit panduan dan untuk keterangan lanjut sila tinggalkan komen disini dan aku akan balas:


Persedian awal:
Aquarium:
Lebih besar lebih bagus kerana mudah untuk penyenggaraan dan tidak mudah dikotorkan oleh lebihan makanan atau najis ikan. Untuk permulaan guna aquarium 24"x12"x18" bersama ikan yang pembesarannya tidak melebihi 5"

Penapis air dan/atau pam angin:
Aku tak suka sumersible pump sebab nampak semak dalam aquarium. Guna hanging filter atau wet dry filter http://kwzone.com/products/links/dophin%20hanging%20filter.htm

Pasir/Coral Crush dan coral stone

Penyukat Graviti:
Lihat gambar seperti di posting sebelum ini.

Garam:

Anti klorin dan pembiak bakteria:

Cuci Aquarium dan masukkan air, jangan terlalu penuh dan masukkan anti klorin mengikut sukatan yang dicadangkan.

Untuk sukatan garam ukur paras air didalam aquarium Lebar x Panjang x Tinggi
Contoh: Bagi aquarium bersaiz 83X49X48CM sukat bahagian dalam 78x44x40(ketinggian air). Isipadu air= 137.280liter
Sukatan garam (baca pada label) 32gram bagi setiam 1 liter.
Kuantiti garam yang diperlukan adalan sebanyak 137.280l x32g= 4392.96gram atau +-4.4kilo

Biarkan garam larut selama 3 hari dan gunakan penyukat graviti dengan kadar bacaan 1.020 - 1.030 serta pastikan suhu air dalam lingkungan 21-28 C.

Selepas 3 hari sukat kadar kemasinan air menggunakan penyukat graviti dan jika mencapai sukatan yang sepatutnya, masukkan ikan kecil terlebih dahulu (aku guna ikan Golden Wrasse (Halichoeres chrysus )). Sekiranya tiada masalah bolehlah terus masukkan ikan yang kita gemari.
Mula-mula aku masukkan ikan Golden Wrasse, sehari suntuk aku tidak dapat melihat ikan sebab ikan ini suka bersembunyi didalam pasir. Setelah lama bersabar akhirnya ikan tersebut mula menampakkan diri dan berenang cantik didalam aquarium.

Coral crush dan corlstone hendaklah dimasukkan sebelum memasukkan ikan dan pastikan ianya telah dicuci sengan bersih.

Selepas seminggu masukkan Bio Bacteria yang akan menghasilkan bacteria baik bagi menutralkan bakteria yang dihasilkan oleh najis dan lebihan makanan ikan.

Makanan - Ikan marine kebanyakan makan pallet khas. Elak memberikan makanan berlebihan kepada ikan. Ingat! perut ikan tidaklah sebesar mana 2-3 palet sudah memadai. Makanan berlebihan menjejaskan kesihatan ikan dan mengotorkan suasana aquarium.

Untuk tujuan penyenggaraan nanti aku akan tulis lagi kalau ada kelapangan

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment