Monday, June 30, 2008

Liwat dan Konspirasi

Analisa berita

Anwar Ibrahim sekali lagi diheret dengan masalah salah laku meliwat. Kali ini kerana laporan pembantu beliau sendiri, Saiful Bukhary Azlan. Laporan telah dibuat di Pondok Beat HKL dan pengadu telah menjalani ujian di HKL.

2. Maka Anwar melalui Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah segera membuat penafian atas laporan tersebut di Hotel Quality, Shah Alam. Ketika itu Anwar dipercayai berada di Hotel Tersebut.

3. Ini diikuti pula penafian (kalau boleh disebut penafian) oleh Wan Azizah. Dalam keterangan beliau lebih kepada menyalahkan pengamalundang-undang, pihak polisdan hakim yang tidak boleh dipercayai. Sidang media beliau dilakukan di Kedutaan Turki dan sekali lagi Anwar dipercayai berada disana untuk mendapatkan suaka politik. Beliau juga menyalahkan dan memperlekehkan pengadu dalam kes ini. Lebih teruk lagi mereka cerita kononnya Anwar menerima ancaman bunuh dan memohon suaka politik bagi megelak ancaman tersebut. Sebenarnya Anwar

4. Pengikiut setia PKR pula menyebarkan SMS mempertahankan Anwar. Mereka memburuk-urukkan pengadu didalam sms mereka. Mereka mengandaikan pengadu telah di sepak dan didera supaya membuat aduan dan memberikan keterangan kepada polis.

5. Semua penyokong PKR dengan taksub mempercayai Anwar sebagai manusia maksum dan percaya kepada konspirasi. Bagi mereka Anwar tidak pernah bersalah dan mesti dipertahankan.

6. Kita sudah naik muak dengan sikap mereka yang tidak pernah serik-serik dengan menyalahkan orang lain atas dosa Anwar. Sudah naik muak dengan anggapan mereka Anwar tidak pernah bersalah. Lebih teruk lagi mereka membuat 'diversion' sehingga ketahap kononnya Anwar menerima ancaman bunuh. Kerana hendak menyelamatkan Anwar dari disoalsiasat mereka sanggup menimbulkan ketegangan dan kegelisahan rakyat dengan andaian ancaman bunuh.

7. Mengapa mereka tidak bercakap mengenai kes dan buat penafian dari segi perundangan atau memberikan alibi.

8. Kita percaya tidak timbul soal konspirasi kerana dalam keadaan kerajaan yang tidak berapa kuat, tidak ada pemimpin yang berani berkonspirasi. Biarkan polis membaut siasatan mereka tanpa gangguan.

9. Anwar bolehlah mendapatkan suaka politik sementara di Turki kerana nak mengabui mata pengikut sebelum dibawa ke Amerika. Disana beliau bebas melakukan tabiat buruk tersebut kerana tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang dan moral.

10. Kita biarlah mereka dengan teori konspirasi mereka dan kita biarkan kes ini disiasat oleh polis dengan sebaiknya tanpa diganggu gugat. Kita tamatkan cerita mengenai kes ini.

Sampai bila mereka hendak menipu pengikut mereka?

Sunday, June 29, 2008

AlFatihah: Takziah buat keluarga Jariah

Al Fatihah

Kami mengucapkan takziah kepada Jariah sekeluarga diatas pemergian Allahyarham bapanya.

Semuga Allah mencucuri Rahmat keatas roh Allahyarham.

P/s: terlambat untuk beritahu rakan-rakan kerana ketika berita ini diterima aku berada luar kawasan liputan cellular dan internet.

Lepak di Hulu Bernam dengan pendaftar UPSI

Hari ini pendaftaran penuntut baru. Teringat seorang kawan yang sepatutnya mendaftar PJJ hari ini.

Anwar meliwat? itulah anjing kalau dah biasa makan taik

Mereka dalam keadaan terdesak dan terpaksa menghantar sms kepada pemuja AlJuburi untuk tujuan diversion. Usah lah terpedaya sekali lagi dengan lagak alim AlJuburi. Cukup lah tu.

sms:

"Polis telah menahan pembantu DS Anwar Ibrahim, Saiful Bahari petang ini dan memaksa beliau membuat pengakuan diliwat oleh DSAI. Polis dijangka menangkap DSAI malam ini. Sebarkan"l

Usahah terikut-ikut menyebarkan sms ini kerana tiada faedah malahan mendatangkan dosa bersubahat dengan kemungkaran..

Maka selepas ini berkokok lah mereka mempertahankan AlJuburi dengan hujah menggunakan Ayat Allah dan sembahyang hajat.

Anjing kalau dah biasa makan taik, tak dimakan dihidunya juga


Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.



Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.

Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Wednesday, June 25, 2008

Tiba-tiba aku dan Tun Dr Mahathir memikirkan yang sama :))

Petang tadi aku terbaca di Bernama Online mengenai perpaduan. Kerajaan menafikan berlaku polarisasi kaum yang terburuk di Malaysia sekarang ini. Isu ini ditimbulkan oleh Lim Kit Siang.
 
Disebabkan saat itu aku sedang bersantai di kedai kopi maka aku tangguhkan untuk memperkatakan mengenainya. Sehinggalah aku terlihat di http://chedet.com yang menulis mengenai soal perpaduan ini. Petang tadi aku dan Che Det mempunyai pemikiran yang sama mungkin .. :)

Bagi aku yang merasai zaman pemerintahan kesemua Perdana Menteri terpaksa mengakui keadaan ini.

Polarisasi ini berlaku kerana pelbagai faktor semasa. Antara yang terpenting ialah kerana ramai dikalangan Ahli politik muda cuba menjadi jaguh. Mereka mula membangkitkan kembali persefahaman antara kaum yang telah di persetujui semasa menuntut kemerdekaan. Bayangkan mereka yang tidak berada dizaman itu dan tidak mahu mengkaji sejarah mula bercakap mengenainya.

Mereka sepatutnya menjadi jaguh dengan merealisasikan persefahaman tersebut atau berusaha untuk mengambil peluang Dasar Ekonomi Baru bukan sekadar bercakap untuk mengapi-apikan.

Perpaduan antara kaum juga boleh dicepatkan sekiranya negara berada didalam keadaan stabil dari segi politik dan ekonominya.
 
Kita lihat peristiwa di Makasar Indonesia sebagai contoh. Ketegangan antara kaum tiba-tiba memuncak kerana ketidakstabilan politik ketika itu dan ditambah dengan kenaikan mendadak bahan api. Kehidupan satu puak yang sememangnya terhimpit dan dihimpit lagi dengan keadaan politik dan ekonomi yang teruk menyebabkan mereka menyalahkan kaum lain. Maka tercetuslah perbalahan antara kaum. Hilanglah perpaduan.

Kerajaan tidak harus sekadar menafikan soal polarisasi kaum tetapi sebaliknya memikirkan langkah seterusnya bagi memulihkan keadaan dari segi politik, ekonominya dan sosialnya.

Pembangkang juga memainkan peranan penting dalam berlakuknya polarisasi kaum dinegara ini.
 
PAS tidak pernah memikirkan soal perpaduan selain dari menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Mereka menutup mata seolah-olah tidak sedar bahawa pecahan kaum dinegara ini hampir 50 - 50 diantara melayu dan kaum lain.

Kerajaan Nafi Malaysia Hadapi Masalah Polarisasi Kaum Yang Semakin Buruk
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kerajaan hari ini menafikan dakwaan parti pembangkang kononnya Malaysia kini menghadapi masalah polarisasi kaum yang semakin buruk.

Untuk sahabat C76.. Tiba-tiba airmata aku mengalir

Banyak perkara yang dapat dipelajari selepas perjumpaan dengan kawan-kawan C76 tempohari. Yang hadir semua nampak ceria dan tidakbanyak berubah berbanding 32 tahun dahulu. Yang tidak dapat hadir kita cuma dapat dengar cerita dari kawan-kawan.

Dalam kita gembira dapat bersama semula,rupanya ada kawan kita yang tidak bernasib baik. Begitulah lumrah dunia dan takdir yang Maha Esa. Tetapi ada takdir yang belum terqada' yang masih boleh diubah. InsyaAllah dengan usaha diri mereka dan bantuan kita bersama InsyaAllah kita mampu merubah nasibnya dengan kehendak Allah s.w.t.

Semasa perjumpaan tempohari, ada banyak perkara yang hendak dibincangkan termasuk soal kebajikan. Mungkin agak 'excited' selapas 32 tahun tidak berjumpa, kita terlalu leka bersembang dan terlu pa agenda kita.

Kita masih ada masa dan di pertemuan seterusnya mari kita bincangkan bersama-sama nasib sahabat kita yang mungkin tidak sebaik kita. InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan memulakan tabung pemulihan kecemasan untuk keperluan kita bersama. Yang perlu difikirkan bagaimana untuk memastikan tabung tersebut sentiasa tidak susut. Tetapi harus difikirkan bersama, kewangan sahaja tidak memadai untuk membantu. Perlu khidmat nasihat dan sokongan moral dari kawan-kawan. Semua kita boleh menyumbang. Mungkin Imam Alwi boleh memberi khidmat nasihat kerohanian, aku pengurusan (pengurusan kewangan, penguruaan rumah tangga aku tiada pengalaman:))

Rasanya kawan-kawan boleh memberikan komen. Sekarang ini pun dah kurang kita berkomunikasi disini.

Terima kasih Alwi yang menyingkap kearah ini dan aku yakin keikhlasan kita bersama akan dapat saling membantu diantara kita.

Tiba-tiba aku sebak.... tambahan pula teringatkan kawan-kawan pernah mengalirkan airmata kerana aku semasa disekolah dahulu

Wassalam

Nasi pertama selepas 2 minggu... Mkn bubur hari-hari

Saturday, June 21, 2008

Gout lagi.. Melepak kat kedai kopi

Macam-macam petua dah cuba. Ubat dah ribuan ringgit. Cuma kali ini tidak lah sekerap dahulu diserang gout.

Jalannya berlubang-lubang atau Lubangnya berjalan-jalan - Untunglah Pak Arab dan Negro

Pak Arab dan Negro boleh dapat lubang yang lebih murah selepas ini




Sejak kenaikan harga minyak secara mendadak, kerajaan mengambil berbagai langkah untuk meringankan beban rakyat (kononnya)

Pemberian rebet, gaji 2 kali sebulan (dah tak jadi pulak-pelik lah Abdullah ni) dan berbagai-bagai langkah lagi lah kononnya akan dibuat.

Yang lebih teruk adalah langkah berjimat cermat kerajaan.

Tidak kah nanti langkah ini mengundang petaka kepada berbagai industri. Sebagai contoh industri perhotelan bila kerajaan mengumumkan tidak mahu lagi mengadakan seminar di hotel-hotel. Maka ramailah nanti pekerja industri ini terpaksa berhenti akibat kelembapan pasaran. Dimana mereka hendak mencari nafkah. Bukan senang untuk berubah dari satu kemahiran kepada pekerjaan yang memerlukan kemahiran berbeza. Industri lain juga mengalami kemerosotan dan tidak mampu mengambil mereka yang tidak bekerja.

Kalau langkah yang dibuat oleh pemimpin boleh dipertikai oleh orang ditepi jalan waima penagih dadah, maka tidaklah layak mereka memimpin.

Pemimpin kena berfikir mendahuli yang lain dan melampaui waktu serta berinovatif.

Nor Mohamed Yaacob bukan lah cerdik sangat.. Beliau sebenarnya memiliki pemikiran seorang spekulator bukan ahli ekonomi. Semasa di Bank Negara perkhidmatan beliau tidaklah secemerlang mana.

Semasa zaman Tun Dr Mahathir beliau cuma penasihat dari segi 'rules and regulation' perekonomian sahaja bukan merancang macam di zaman Abdullah. Nak harap Abdullah memberi sentuhan ekonomi, memang hancurlah negara. Serah sahaja bulat-bulat kepada penasihat yang lebih berminat menjadi spekulator.

Apa rekod kecemerlangan Nor Mohamed? Mun Long? cuba sebut mana yang mendapat sentuhan beliau akhirnya berjaya?


Maka jangan hairan nanti di kota-kota besar akan banyak 'lubang yang berjalan-jalan' untuk mencari sesuap nasi.

Itulah teori ekonomi terbaik yang boleh difikirkan oleh Imam Hadhari.

Friday, June 20, 2008

Makhluk Halus - II


Jenglot

Sebelum cerita lebih lanjut, kepada sesiapa yang terdesak nak mendapatkan cinta, darjat mahupun harta secara mudah bolehlah melayari laman web ilmu hitam/putih (katanya lah) http://mistikitems.blogspot.com/


1. Makhluk halus @ orang Cina panggil "anak hantu" sebenarnya wujud di mana-mana saja. Depa ada masyarakat dan kegiatan sendiri. Kadang-kala depa suka melawak dgn budak2/pelajar2. Sebab itu ada kes-kes rasuk hantu....

2. SM Sains di Cheras tu dekat dgn tanah perkuburan Cina tu, di sebelah Taman Midah/Bandar Tun Razak. Jadi macam-macam hantu ada. Yang mati pada zaman Jepun itu yang paling menggerunkan, kerana depa itu ganas dan jahat.

3. Oleh kerana orang Cina ( yang kapiaq) takut akan hantu/makhluk halus/jin/syaitan/datuk keramat/penunggu dll yang sebangsa, mereka dirikan pondok2 kecil yang bewarna merah ( di tengah2 padang, tepi/bahu jalan...) tu untuk menjamu selera "depa"....Bagi depa makan lilin, hidu asap colok, hidu nasi kunyit ayam, kamping, epal, pisang.... Depa tak bisa makan macam manusia sebab depa tak ada bentuk fizikal. Oleh itu memang karut kalu ada orang tuduh hantu bisa mencekik orang....Nak cekik lagu mana, depa pun terbang ke sana terbang ke sini macam asap!

4. Anak hantu ni dikatakan akan merasuk ke badan manusia dari tulang belakang. Ada manusia yang tulang belakangnya sudah "terbuka" sejak lahir dan ini yang diambil kesempatan oleh anak hantu....

5. Orang2 yang kuat semangat, kuat sembahyang, baca kitab atau mantra dapat mempertahankan diri drp dipermain2kan anak hantu.

6. Biasanya, orang-orang Cina yang mahu membunuh diri dikatakan sudah dikuasai anak hantu yang nakal/jahat sebelum melompat dari bangunan tinggi. Dewa2pun tak bisa buat apa-apa untuk tolong, kerana "masa" orang-orang itu sudah tiba.

7. Kesimpulan satu saja: SENDIRI MAHU KUAT. Baik dalam bidang agama/kepercayaan, mahupun dalam politik.

Makhluk Halus - I

Dirasuk makhluk bermata merah

CHERAS: Sebuah sekolah menengah berasrama penuh di sini `huru-hara’ selepas hampir 30 pelajar lelaki dan perempuan diserang histeria apabila tiba-tiba meracau, menjerit serta melukakan diri sendiri dipercayai dirasuk makhluk halus.
Serangan histeria itu dikatakan bermula Isnin lalu apabila seorang pelajar lelaki tingkatan lima di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, tidak sedarkan diri dan rebah tanpa diketahui puncanya.
Kejadian itu berjangkit kepada beberapa pelajar lain menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 14, berkata sebaik kejadian itu berlaku, beberapa lagi insiden aneh menyusul dan menyerang pelajar lain.
Menurutnya, dianggarkan hampir 30 pelajar diserang histeria menyebabkan keadaan menjadi huru-hara sejak tiga hari lalu.
“Apa yang saya tahu, pelajar pertama yang terkena histeria mula meracau selepas waktu Zuhur sebelum berjangkit kepada pelajar tingkatan lain, termasuk saya.
“Saya sendiri yang ketika itu berada di kelas tiba-tiba berasa lemah badan sebelum ternampak puluhan lembaga hitam bermata merah melayang masuk,” katanya ketika ditemui, semalam.
Dia selepas itu menjadi kaku dan tidak mampu bercakap sepatah perkataan atau meminta tolong.
Mangsa hanya tersedar sejam kemudian selepas dibawa guru ke bilik rawatan di sekolah berkenaan.
Sebaik tersedar, kata Mohd, dia terdengar bisikan suara lelaki di telinga yang memberitahu sekolah terbabit akan huru-hara.
“Saya sendiri tidak pasti siapa yang bercakap kerana ketika itu tubuh saya terlalu lemah dan ketakutan,” katanya.
Menurutnya, guru menghubungi ibu bapanya dan meminta dia dibawa pulang berikutan keadaan di sekolah terbabit kian tidak terkawal.
“Ketika itu ramai pelajar lain turut pengsan, malah ada yang meraung dan menjerit tanpa diketahui bahasa dituturkan.
“Mereka meracau hingga ada yang menyepak dinding serta melukakan diri sendiri. Saya sempat melihat seorang pelajar tingkatan lima berdarah di kaki akibat menendang objek keras di kelas,” katanya.
Dalam kejadian Isnin lalu, katanya, kebanyakan pelajar terpaksa tidur beramai-ramai di surau asrama kerana bimbang gangguan berterusan.
Ketika itu, tokoh agama terkenal, Datuk Haron Din dipanggil datang ke sekolah untuk membantu menghentikan gangguan histeria itu.
“Saya dan pelajar lain yang sedang membaca surah Yasin di surau terkejut apabila seorang pelajar perempuan tiba-tiba bangun dan menjerit.
“Dia yang hilang ingatan berlari ke luar dari surau sebelum dikejar beberapa guru lain. Pelajar itu akhirnya dapat ‘ditangkap’ sebelum diberi rawatan di surau,” katanya.
“Selain terkena rasukan, ada pelajar mengadu tiba-tiba terasa lemah badan tanpa sebab,” katanya.
Selepas tiga hari gangguan terbabit masih tidak menunjukkan tanda berhenti, pihak sekolah menasihatkan ibu bapa membawa pulang anak masing-masing sehingga Ahad ini.
Difahamkan, arahan ‘bercuti’ itu hanya dikenakan kepada pelajar yang terkena histeria dan mengadu lemah badan.
Seorang kakitangan sekolah yang enggan namanya didedahkan, berkata kejadian sama pernah berlaku kira-kira lima tahun lalu.
Menurutnya, serangan itu dipercayai ada kaitan dengan projek pembinaan sebuah sekolah baru yang bersebelahan tapak sekolah menengah itu.
“Ada kemungkinan tempat itu diganggu menyebabkan pelajar sekolah ini menjadi mangsa,” katanya.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati beberapa ibu bapa datang di sekolah terbabit untuk mengambil anak masing-masing.
Sementara itu, jurucakap sekolah itu yang dihubungi, berkata satu laporan berhubung kejadian itu sudah dihantar kepada Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran di Putrajaya untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, pihak sekolah sudah mengambil langkah sewajarnya, termasuk mendapatkan khidmat tokoh agama untuk memulihkan keadaan.
Ibu bapa pelajar yang terkena histeria juga dinasihatkan membawa pulang anak masing-masing semalam.

Wednesday, June 18, 2008

Nak memulakan hobby marine aquarium - aku bagi sedikit petua


Aku mula tertarik dengan marine aquarium sejak aku terlepas penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Bagi mengisi masa aku bersantai di laut Jedah dan melihat kepada ikan-ikan berenang bewarna warni.

Sebelum ini aku ada beberapa aquarium freshwater dengan berbagai spesis ikan, ikan sungai dan ikan hybrid.

Yang menariknya ikan marine kerana warnanya yang menyerlah.

Kepada sesiapa yang ingin memulakan hobby memelihara ikan air masin, aku turunkan sedikit panduan dan untuk keterangan lanjut sila tinggalkan komen disini dan aku akan balas:


Persedian awal:
Aquarium:
Lebih besar lebih bagus kerana mudah untuk penyenggaraan dan tidak mudah dikotorkan oleh lebihan makanan atau najis ikan. Untuk permulaan guna aquarium 24"x12"x18" bersama ikan yang pembesarannya tidak melebihi 5"

Penapis air dan/atau pam angin:
Aku tak suka sumersible pump sebab nampak semak dalam aquarium. Guna hanging filter atau wet dry filter http://kwzone.com/products/links/dophin%20hanging%20filter.htm

Pasir/Coral Crush dan coral stone

Penyukat Graviti:
Lihat gambar seperti di posting sebelum ini.

Garam:

Anti klorin dan pembiak bakteria:

Cuci Aquarium dan masukkan air, jangan terlalu penuh dan masukkan anti klorin mengikut sukatan yang dicadangkan.

Untuk sukatan garam ukur paras air didalam aquarium Lebar x Panjang x Tinggi
Contoh: Bagi aquarium bersaiz 83X49X48CM sukat bahagian dalam 78x44x40(ketinggian air). Isipadu air= 137.280liter
Sukatan garam (baca pada label) 32gram bagi setiam 1 liter.
Kuantiti garam yang diperlukan adalan sebanyak 137.280l x32g= 4392.96gram atau +-4.4kilo

Biarkan garam larut selama 3 hari dan gunakan penyukat graviti dengan kadar bacaan 1.020 - 1.030 serta pastikan suhu air dalam lingkungan 21-28 C.

Selepas 3 hari sukat kadar kemasinan air menggunakan penyukat graviti dan jika mencapai sukatan yang sepatutnya, masukkan ikan kecil terlebih dahulu (aku guna ikan Golden Wrasse (Halichoeres chrysus )). Sekiranya tiada masalah bolehlah terus masukkan ikan yang kita gemari.
Mula-mula aku masukkan ikan Golden Wrasse, sehari suntuk aku tidak dapat melihat ikan sebab ikan ini suka bersembunyi didalam pasir. Setelah lama bersabar akhirnya ikan tersebut mula menampakkan diri dan berenang cantik didalam aquarium.

Coral crush dan corlstone hendaklah dimasukkan sebelum memasukkan ikan dan pastikan ianya telah dicuci sengan bersih.

Selepas seminggu masukkan Bio Bacteria yang akan menghasilkan bacteria baik bagi menutralkan bakteria yang dihasilkan oleh najis dan lebihan makanan ikan.

Makanan - Ikan marine kebanyakan makan pallet khas. Elak memberikan makanan berlebihan kepada ikan. Ingat! perut ikan tidaklah sebesar mana 2-3 palet sudah memadai. Makanan berlebihan menjejaskan kesihatan ikan dan mengotorkan suasana aquarium.

Untuk tujuan penyenggaraan nanti aku akan tulis lagi kalau ada kelapangan

SELAMAT MENCUBA

Hujan lebat - lepak dirumah je.. Sejuk ni gout makin terasa.

Setup Aquarium Air Masin


Penyukat graviti


Ikan meyorok dalam pasir - seharian aku bersabar tunggu ikan keluar:))

Makan di Hang Tuah Mall

Hantar tender JKR

Friday, June 6, 2008

HTC Touch Pro akan berada di pasaran - Belum puas dengan HTC Tytn II

Baru saja upgrade HTC Tytn II kepada Windows Mobile 6.1.
Tertarik kepada HTC Touch Pro. Nampak menarik dan menawan dengan spesifikasi yang memberansangkan.
Atau tunggu SonyEricsson Experia X1 (SEX1). Nampak lebih anggun.
Konsep sama seperti HTC Touch Pro cuma bebeza dari rekabentuk yang lebih menawan berkonsepkan Diamond.
Rekabentuk oleh SonyEricsson tetapi dikeluarkan oleh HTC.

Nasib baik Adeq x minat PDA baru. Gunalah PDA yang ada.


HTC Touch Pro Features
• Size: 102 x 51 x 18.05mm
• Weight: 165 g
• Connectivity: WCDMA / HSPA: 900/2100MHz. HSDPA 7.2 Mbps
• Operating system: Windows Mobile 6.1 Professional
• Display: 2.8-inch VGA touch screen
• Camera: 3.2MP, with the second VGA camera for video calling
• Internal memory: 512 MB flash, 288 MB RAM
• Expansion Slot: microSD memory card (SD 2.0 compatible)
• Keyboard: Slide-out 5 row QWERTY keyboard
• Bluetooth: 2.0 with EDR
• Wireless: WiFi 802.11b/g
• GPS: GPS / AGPS
• Interface: HTC ExtUSB (11-pin mini-USB 2.0 audio jack & TV out in one)
• Battery: 1340 mAh
• Talk time: GSM: up to 8 hours
• Standby time: GSM: up to two-weeks
• Chipset: Qualcomm MSM 7201A 528MHz

Tuesday, June 3, 2008

Jun 7, 2008 semakin hampir.. 6k lagi poket aku bocor

Reunion Class of 76 SMK Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Pengasas pendidikan sains moden di Malaysia.. Tidak keterlaluan aku katakan kami ini menjadi 'tikus ujikaji'
Ada sesiapa yang pernah dengar Nuffield Sciences yang di adaptasi dari Nuffields School di England.
Hasrat aku nak jemput sama anak yatim dan kanak2 spastik.
Demi sebuah persahabatan...biarlah aku bekerban.
6k yang aku ambil dari peruntukan yang sepatutnya untuk buat full settlement WLJ1417
Akusengaja memilih tarikh tersebut bagi mengalihkan ingatan ku daripada sesuatu peristiwa yang aku cuba lupakan.. begitu juga dengan WLJ1417

Dah lama tak balik Hulu Bernam - Celcom Broadband masih kelajuan sama


Kelajuan Biasa


Sesekali boleh menjankau melebihi 2Mb


Speed Celcom Broadband masih sama macam dahulu.. tiada perubahan ketara.