Thursday, December 18, 2008

PERMAINAN KOMPUTER BALING KASUT KE ARAH BUSH

PARIS 17 Dis. - Satu permainan komputer di Internet yang diilhamkan daripada insiden seorang wartawan Iraq membaling kasut ke arah Presiden George W. Bush dilancarkan semalam.

Permainan yang digelar Sock and Awe itu dilancarkan oleh seorang rakyat Britain, Alex Tew menerusi laman web www.sockandawe.com dan setakat ini dikunjungi oleh lebih 1.4 juta pengunjung.

Nama permainan itu diambil sempena nama kempen ketenteraan Amerika Syarikat untuk menggulingkan Presiden Saddam Hussein pada 2003 iaitu Shock and Awe.

Dalam permainan itu, pemain diberi masa 30 saat untuk menyasarkan balingan terhadap Bush sebelum ia bersembunyi di sebalik rostrum.

Muntadar Al-Zeidi, seorang wartawan Iraq telah membaling sepasang kasut ke arah Presiden AS itu semasa lawatan perpisahan beliau ke negara berkenaan, Ahad lalu.

Tew, 24, sebelum ini pernah menarik perhatian dunia melalui laman webnya, milliondollarhomepage.com yang membantu 21 pelajar universiti menambah pendapatan dengan menjual piksel pada harga AS$1 (RM3.40) setiap piksel.

Jom kta main ramai-ramai Laughing

No comments:

Post a Comment