Sunday, December 28, 2008

KEJATUHAN HARGA GETAH

Setelah puas merintih dan meminta-minta, maka dengan takdir Allah harga minyak jatuh merudum.

Maka rasailah kesan daripadanya. Getah asli juga jatuh merudum seiring dengan kejatuhan harga minyak. Kejatuhan harga adalah kerana saingan dengan getah sentitik yang diantara bahan utama untuk menghasilkannya adalah petrolium.

Rintihan pekebun getah terpaksa didengar ole kerajaan. Kerajaan terpaksa berusaha samaada memberi bantuan kepada pekebun kecil atau menstabilkan harga getah asli. Untuk menstabil harga getah asli kerajaan terpaksa memberikan berbagai subsidi dan menggunakan wang yang banyak untuk membeli stok getah asli pada harga lebih tinggi.

Kejatuhan harga minyakjuga menjatuhkan pendapatan Petronas dan sudah tentu kerajaan juga kurang pendapatanya dari hasil cukai dan dana keuntungan Petronas.

Dengan berbagai beban yang terpaksa ditanggung dan penyusutan pendapatan, kerajaan mahu tidak mahu terpaksa meneruskan usaha memakmurkan rakyat.

Keuntungan jangka pendek yang diterima oleh Petronas dan kerajaan samada ketika kenaikan atau penurunan harga bahan petrolium itulah yang dipertikai oleh masyarakat. Muncul ramai cerdik pandai yang menconngak harga minyak dunia dan harga minyak di pam.

Mereka mempertikaikan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan daripada pengurang subsidi. Tetapi mereka lupa keuntungan tersebut diagihkan semula kepada rakyat.

Berapa ramai kedai menjual telefon bimbit yang gembira kerana ramai yang datang membeli menggunakan duit rebet minyak yang diperolehi tetapi penerima rebet mengeluh tidak ada wang untuk perbelanjaan sekolah anak-anak.

Menjaga ekonomi negara bukan 'staraigh foward' seperti yang di war-warkan oleh pemimpin pembangkan terutama mantan Menteri Kewangan. Sepanjang beliau menjadi Menteri Kewangan ekonomi negara dan dunia dalam keadaan kukuh. Negara terlalu mewah ketika itu sehinggakan lebihan pendapatan negara dipersia-siakan untuk melabur didalam pasaran wang. Pelaburan yang melibatkan kerugian 30billion.

Diakhir tempoh perkhidmatan mantan Menteri Kewangan tersebut berlaku krisis matawang yang melumpuhkan sebahagian besar negara di Asia. Ketika itu baru teruji kemampuan beliau dan terbukti beliau gagal menagani malahan tambah mengusutkan keadaan.

Sekarang, ketika harga minyak jatuh diikuti kejatuhan komoditi utama negara, mengapa mantan Menteri Kewangan diam membisu. Pekej ransangan yang dibentang oleh kerajaan dikritik teruk sedangkan cadangan belanjawan alternatif yang dibentang oleh beliau ternyata akan gagal dalam keadaan sekarang.

Aku selalu mengingatkan mereka yang berbangga dengan kenaikan harga komoditi baik getah atau kelapa sawit bahawa apa yang mereka nikmati bersifat sementara. Jangan terlalu angkuh. Mereka yang menjalankan urusan jual beli barangan komoditi yang ketara hidup bermewah-mewah.

Teringat ketika perang Arab-Israel tahun 1967. Ketika itu terusan Suez ditutup dan Pengeluaran minyak berkurangan. Harga barangan utama termasuk minyak melambung dan mengakibatkan inflasi yang teruk. Tetapi harga getah asli melambung tinggi sehingga melepasi RM2.00. Bayangkan RM2.00 ketika itu mungkin sama nilainya dengan RM20.00 sekarang ini. Masa yang sama negara teluk menjadi kaya raya.

Akibat kenaikan mendadak maka ramailah dikalangan guru yang berhenti bekerja untuk menoreh getah walaupun terpaksa mengadapi ancaman komunis. Akhirnya mereka menyesal ketika harga getah asli bertahan diharga RM0.60 untuk jangkamasa lama.

ALOR GAJAH 27 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan memberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya bagi membantu pekebun kecil getah yang terpaksa menanggung kerugian berikutan kejatuhan harga komoditi berkenaan.

No comments:

Post a Comment