Tuesday, April 24, 2007

Ujian DNA sahkan anak Altantuya anak dengan bekas suami rakyat Mongolia

Ini salah satu E-Joke puak KELDAIAN sebab apa kena mengena Altantuya dengan Ijok.

KUALA LUMPUR 23 April — Ujian DNA terhadap anak ketiga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh di negara ini, mengesahkan anak itu adalah hasil perkahwinan model berkenaan dengan bekas suaminya, seorang lelaki warga Mongolia.

Menurut sumber polis, pengesahan itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya anak lelaki Altantuya itu, yang dikenali sebagai Altanshagai Munkhtulga, 4, adalah hasil hubungan sulit wanita itu dengan seorang rakyat Malaysia.

“Ia sudah disahkan melalui ujian DNA, kanak-kanak itu adalah anak yang sah daripada perkahwinan Altantuya dengan seorang lelaki warga Mongolia,” katanya di sini hari ini.

Konsulat Kehormat Mongolia di sini, Datuk Syed Abdul Rahman Al- Habshi ketika dihubungi hari ini berkata, pada Mac lalu, satu pasukan polis Malaysia telah pergi ke Mongolia untuk mengambil sampel DNA anak Altantuya dan hasil analisisnya memang mengesahkan bahawa anak itu tiada hubungan dengan rakyat Malaysia.

“Dari dulu kami sudah beritahu bahawa kanak-kanak itu adalah hasil perkahwinan Altantuya dengan bekas suaminya, saya harap perkara ini tidak dibesar-besarkan lagi,” katanya.

Pembunuhan Altantuya, 28, seorang model sambilan, mendapat liputan meluas media tempatan setelah cebisan mayatnya ditemui di Empangan Subang, Puncak Alam, di Shah Alam pada Oktober tahun lalu.

Ekoran itu, dua anggota polis C/Insp. Azilah Hadri, 30, dan Korporal Sirul Azhar Umar, 35, dituduh di mahkamah kerana membunuh Altantuya, manakala penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, 46, menghadapi pertuduhan bersubahat dengan mereka membunuh wanita itu.

Perbicaraan kes itu akan bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 Jun.

Pada 14 Mac lepas, dua pegawai polis dan seorang pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berlepas ke Ulan Bator untuk menjalankan ujian DNA dengan bantuan Interpol Mongolia

No comments:

Post a Comment