ALOR SETAR, 29 Julai -- Mohd Sohibullah, 27, dipercayai mungkin buta mata di sebelah kirinya, cedera di bahu dan tangan kiri setelah terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di Kampung Kuala Kangkong, dekat sini, lewat petang semalam.
Turut cedera seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, Tuan Mohd Hafiz yang mengalami cedera di dahi dan badan.
Mohd Sohibullah kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Kejadian tersebut berlaku dipercayai 'sumbu' mercun terjatuh ke dalam bekas plastik berisi 40 biji mercun yang dibeli di Bazar Ramadan menyebabkan berlaku satu letupan kuat.
Tuesday, July 31, 2012
Mohd Sohibullah, 27, mungkin buta mata di sebelah kirinya setelah terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di Kampung Kuala Kangkong, Alor Star
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment