26/10/2008 4:00pm
SHAH ALAM 26 Okt. - Bekas Menteri Besar Selangor , Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini melepasi kuota pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan Mac depan.
Beliau yang sebelum ini memperolehi 38 pencalonan, hari ini mendapat dua lagi pencalonan iaitu daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang dan Balik Pulau.
Mengikut syarat calon jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO perlu memperolehi sekurang-kurangnya 39 pencalonan.
No comments:
Post a Comment