Thursday, July 10, 2008

Pengesahan dua lafaz cerai Nora Danish 12 Ogos ini


Dipercayai hubungan mulai retak kerana 'godaan' Fasha Sandha.




10/07/2008 3:31pm
KUALA LUMPUR 10 Julai - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 12 Ogos ini untuk membuat keputusan bagi permohonan pengesahan dua lafaz cerai oleh suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram Ramli.

Hakim Syarie, Ahmad Irwan Ismail membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak pagi ini.

Rizal, 38, dalam keterangannya berkata, dia telah melafazkan talak pertama yang berbunyi `I ceraikan you’ pada sekitar Februari lalu dan lafaz berbunyi `saya ceraikan you’ pada 17 Jun lalu.
Sementara Nora, 26, pula mengesahkan kedua-dua talak itu dilafaz oleh Rizal melalui telefon selepas tiada lagi persefahaman antara mereka

No comments:

Post a Comment