Terima kekalahan. Sudah diterangkan, sudah dijelaskan, Rakyat terutama di bandar besar dihimpit oleh inflasi, tol, harga petrol dan BLR, tetapi Pak Lah merasakan ia tidak apa.
Sudah diterangkan, sudah diceritakan di laman ini betapa rakyat bukan Melayu terutama dari kaum Cina tidak berpuas hati dengan ekonomi negara. Tapi akhbar gah melambakkan cerita kenaikan ekonomi dan bursa saham yang dijana oleh syraikat gergasi.
Sudah dinyatakan bahawa tindakan kerajaan menghentikan beberapa projekyang dirancang telah melembabkan ekonomi tetapi enggan diakui.
Tiada sebab lain pun banyak kerusi kalah kecuali tekanan hidup hasil pengurusan ekonomi negara yang tidak bijak.
Negara untung, syarikat besar untung tetapi rakyat tidak untung. Hasilnya inilah keputusan yang kita dapat.
No comments:
Post a Comment