Friday, October 13, 2006

Laman Web DiGi

Aku selalu buka laman web DiGi untuk mendapatkan maklumat. Sekarang ini laman tersebut telah di upgrade menggunakan Flas version 8 dan keatas.

Bagi aku yang menggunakan IE6 atau Firefox mungkin tidak menghadapi masalah. Bagi mereka yang menggunakan 'Opensource' seperti LINUX mereka bermasalah untuk akses ke laman tersebut.

Mereka yang membuka laman web DiGi untuk mencari informasi bukan nak tengok laman web yang bergerak-gerak mengikut 'syok sendiri' pembuat laman.

Mengapa tidak diberi pilihan laman web html biasa dan Flash?

Risiko Perbankan Internet

Apa perlunya pihak bank mengganti wang mereka yang bangang. Mereka yang terpedaya dengan sistem cepat kaya dan cuai. Pemberitaan yang bangang. Seolah-olah menggalak pengguna bersikap cuai. Penyangak pula bijak mengeksploitasi kebebalan orang Malaysia yang cepat kelabu mata bila ditawarkan untuk menjadi kaya dalam sekelip mata.

Sepatutnya Bank Negara akan beri jaminan tidak akan mengganti kembali wang mereka yang cuai dimasa akan datang. Akhbar kena mendidik pengguna bukan menyalahkan sistem semata-mata. Mampu ke kita menjamin tidak berlaku kecuaian dikalangan pengguna. Faktor kemanusian itu yang susah nak ubah. Sistem mungkin boleh diubah.

'Double protection' sukar untuk diceroboh kecuali dengan kerelaan pengguna. Salah siapa?


Semenjak tersiarnya penangkapan 13 orang dalang dalam 'internet banking scam' banyak diperkatakan mengenai keselamatan perbankan internet.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah merupakan 'scam' atau 'phising' tidak ada kena mengena dengan keselamatan pada sistem perbankan internet. Saya tetap mengatakan perbankan internet adalah selamat kerana ianya melibatkan beberapa lapisan keselamatan.

Dalam 159 kes yang dilaporkan tidak satupun melibatkan kesalahan pada sistem sebaliknya berlaku kerana kecuaian pengguna. Penyangak akan menggunakan kelemahan pengguna untuk menyangak wang mereka tidak kira dalam apa bentuk sekalipun. Perbankan internet atau perbankan konvensional.
Penyangak boleh mendapatkan 'security' tahap pertama dan 'security' lapisan
kedua telah diserah dengan rela oleh pengguna. Salah siapa?

Berhati-hati dalam melaporkan mengenai sesuaitu yang kita tidak memahaminya. Pemberitaan dalam kes perbankan internet seolah-olah penyangak telah melakukan pencerobohan pada perbankan internet padahal apa yang berlaku adalah kecuaian pengguna.

Pengguna terpedaya kerana ditawarkan pulangan lumayan dan mereka terpukau dengan tawaran tersebut. Tanpa disedari telah mendedahkan maklumat mereka kepada penyangak. Tidak ada bezanyanya dengan pukauan untuk menyerahkan wang bagi mendapatkan keuntungan segera secara tunai tanpa melibatkan perbankan internet.

Selagi ada pelanggan yang cuai selagi itu lah penyangak akan mengambil kesempatan. Kes terbaru melibatkan RM36,000 daripada berjuta mugkin berbillion transaksi perbankan internet.

Seandainya nanti mereka kembali menyimpan dibawah tilam, penyangak akan mencari jalam memperbodohkan mereka untuk menyangak wang mereka. Akan timbul kembali skim cepatkaya secara konvensional seperti tahun 80'an untuk memukau mereka.

Satu pengajaran yang didapati disini adalah orang Malaysia boleh dipukau dengan sekim cepat kaya. Mereka sanggup menyerahkan apa saja untuk menjadi kaya sekelip mata. Penyangak pula bujak mengeksploitasi kelemahan orang Malaysia yang cepat kelabu mata.


Akhbar sepatutnya lebih kepada mendidik daripada menyalahkan teknologi atau sistem. Jangan jadikan diri kita sebagai manusia yang menolak pembangunan dan kemajuan teknologi. Seolah-olah orang melayu (islam) tidak percaya dan menolak teknologi.

Inikah ajaran Islam Hadhari.

Curi identiti meningkat -- 159 kes pelanggan perbankan Internet dilapor tahun ini
PUTRAJAYA 12 Okt. – Sebanyak 159 kes kecurian identiti melibatkan pelanggan perbankan Internet dikesan di negara ini bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) memberi jaminan pihak bank akan mengembalikan wang pengguna yang menanggung kerugian akibat ditipu dalam urus niaga Internet.

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta bank-bank meningkatkan tahap keselamatan perkhidmatan perbankan Internet mereka bagi mengelakkan pengguna teraniaya.

Ramai anggap berisiko guna perbankan Internet
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Mudah tetapi berisiko. Itulah pendapat orang ramai mengenai penggunaan perbankan Internet untuk menggantikan cara perbankan konvensional.

MEMBACA berita mengenai penipuan menerusi Internet memang menyedihkan terutama yang melibatkan kecurian identiti perbankan Internet dan pelaburan berisiko tinggi seperti Swiss Mutual Fund.

SEBELUM ada jalan, manusia meredah hutan. Mereka menghadapi risiko diserang binatang buas. Apabila sudah ada jalan, mereka menghadapi risiko mati kena langgar.

Thursday, October 12, 2006

Jangan Salahkan Sistem Kerana Kebebalan Sendiri

Amaran telah diberi kepada pengguna. Tetapi mereka terpukau dengan keinginan mendapat keuntungan segera.
Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja yang masih mahu menggunakan cara lama

"YANG KENA TIPU ORANG YANG SEBANGSA DAN SEAGAMA DENGAN KU"

Dimana akal fikiran, 'security' pertama kena curi dan 'security' kedua diserah dengan kerelaan. Semuanya kerana terpukau dengan sekim cepat kaya.


Risiko perbankan Internet -- Pakar komputer pernah ditipu, enggan guna lagi perkhidmatan

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Selamatkah atau yakinkah anda menggunakan perkhidmatan transaksi wang dan urusan seumpamanya menerusi perbankan Internet?

Tahukah anda bahawa laman web perbankan boleh diciplak oleh sesiapa sahaja - daripada murid sekolah sehinggalah kepada penjenayah siber - dalam tempoh satu hingga dua jam sahaja?

Ironisnya, Utusan Malaysia diberitahu oleh seorang pakar komputer tempatan bahawa beliau sendiri tidak mahu lagi menggunakan perkhidmatan itu.

Mengapa? Kerana dia pernah ditipu menerusi perkhidmatan perbankan secara online itu.

13 termasuk empat pelajar ditahan ceroboh akaun bank

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Empat pelajar universiti, didalangi anak seorang pegawai tinggi kerajaan diberkas setelah terlibat dalam kegiatan mencipta laman web palsu bank-bank tempatan untuk mencuri maklumat pelanggan sebelum mengeluarkan wang mereka.

Empat pelajar itu adalah antara 13 orang yang ditangkap kerana terbabit dalam kegiatan jenayah siber terbabit.

Modus operandinya begini: Sindiket menghantar e-mel kepada pelanggan bank dan meminta mangsa mengemas kini maklumat akaun bank mereka.

Mereka kemudian meminta mangsa klik pada satu pautan yang tertera di e-mel tersebut kononnya bagi tujuan mengemaskinikan akaun simpanan mereka.

Setelah klik pada tautan itu, mereka disuruh memasukkan nama pengguna dan kata laluan tanpa menyedari laman web tersebut sebenarnya palsu.

Maklumat yang diisi itu akan disimpan secara automatik dalam data yang dicipta sindiket itu, seterusnya memudahkan mereka mengakses akaun bank mangsa dan memindahkan semua wang milik mangsa.