Tuesday, February 17, 2009

Bayi perempuan ditemui dalam laci di rumah polis

Comelnya Baby..

KANGAR: Seorang pegawai kanan polis terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan di dalam sebuah laci almari di rumahnya di Taman Fauziah dekat sini hari ini.

Pegawai wanita yang enggan namanya disiarkan itu berkata, beliau mendengar tangisan seorang bayi dari dalam bilik pembantu rumahnya lalu menyiasatnya.

Beliau kemudiannya menemui seorang bayi perempuan yang disimpan di dalam laci almari di situ dalam keadaan bogel pada pukul 9.30 pagi.

Pegawai wanita itu kemudiannya bertanya kepada pembantu rumahnya yang kemudian mendakwa menemui bayi itu ketika keluar membuang sampah berhampiran rumah itu Jumaat lalu.

Pembantu rumah warga Indonesia berusia 20 tahun itu mendakwa terkejut apabila bungkusan kain yang disangka sampah itu membalut seorang bayi lalu membawanya ke dalam rumah majikannya.

Bagaimanapun, bayi itu disimpan di dalam laci almari di dalam biliknya selama dua hari dan hanya memberi bayi itu minum air kosong sahaja berikutan bimbang disalah tafsir majikannya.

Pegawai kanan polis itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar berhubung penemuan itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Yusof Mohd Diah ketika ditemui berkata pembantu rumah berkenaan akan diambil keterangannya bagi mengetahui cerita sebenar atau ada kemungkinan bayi itu miliknya sendiri.

Beliau berkata, bayi yang sudah luruh tali pusat itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan ekoran tidak diberi minum susu sepanjang tempoh ditemui.

Yusof berkata, pembantu rumah itu juga dibawa ke HTF untuk pemeriksaan bagi mengesahkan bayi itu bukan miliknya kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.

"Kes akan disiasat dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan atau membuang kanakkanak dalam keadaan terbiar,"

Monday, February 16, 2009

Valentine day - Mengaku bukan Islam ketika daftar hotel

MUAR: Semata-mata ingin memuaskan gelora nafsu sempena Hari Kekasih semalam, enam pasangan kekasih di sini sanggup mengaku bukan Islam semata-mata untuk mendaftar menginap di hotel murah dan rumah tumpangan bagi meneruskan niat bermadu kasih, sekali gus mengelak dikesan pihak berkuasa.

Tidak cukup dengan itu, ada pula kakitangan hotel murah bersekongkol dengan pasangan kekasih muda terbabit apabila menyembunyikan identititetamu mereka dengan alasan mereka tidak mendaftarkan nama.

Bagaimanapun, tipu muslihat itu tidak mampu mengaburi mata pihak berkuasa yang kemudian berjaya menghidu taktik lapuk pasangan terbabitsebelum masing-masing ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Operasi bermula jam 10.30 malam itu diketuai Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Daerah Muar, Nordin Mohamad dan disertai 20kakitangan Jabatan Agama Johor (JAJ) serta Majlis Perbandaran Muar.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Noh Kadri, berkata pada awalnya pasukan berkenaan menghadapi masalah mengenal pasti pasangan kekasihterbabit kerana kebanyakannya mendaftar masuk menggunakan nama bukan Islam.

Katanya, melihat reaksi segelintir kakitangan hotel yang mula cuba bersekongkol dengan menyembunyikan identiti pasangan, pihak berkuasaterpaksa mengetuk bilik hotel satu per satu.

"Tindakan itu membuahkan hasil apabila enam pasangan kekasih berusia antara 20 hingga 30-an, termasuk pekerja kilang dan pemandu, dicekupdalam keadaan mencurigakan," katanya.

Difahamkan, hotel murah yang diserbu dalam operasi lima jam itu dikenal pasti sebagai antara lokasi tumpuan pasangan kekasih melakukan perbuatanmaksiat.

Sementara itu, di kawasan Rekreasi Tanjung Emas, di sini, beberapa pasangan kekasih yang asyik bermadu asmara turut ditahan sebelum diberikaunseling.

Mereka yang kebanyakannya remaja belasan tahun dikatakan mengambil kesempatan sempena Hari Kekasih untuk bertemu dan bermadu kasih denganpasangan.

Noh berkata, pihaknya akan meneruskan operasi besar-besaran bagi membersihkan perbuatan maksiat di hotel murah dan rumah tumpangan seluruh negeri ini.




Remaja hidu gam

HULU LANGAT: Jika pasangan lain memilih bunga ros dan coklat untuk meraikan sambutan Hari Kekasih, sepasang remaja yang kemaruk bercinta dikatakan menghidu gam bagi membangkitkan rasa ghairah sebelum berasmara pada hari istimewa itu.

Lebih mengejutkan apabila dua remaja terbabit sanggup bermalam dalam khemah di pinggir hutan pusat rekreasi Sungai Congkak, di sini, bagi meraikan sambutan itu.

Bagi meraikannya, mereka yang berasal dari kampung berhampiran sanggup datang seawal jam 4 petang ke pusat rekreasi berkenaan dengan menaiki bas dan merancang pulang keesokan harinya.

Remaja itu yang dikenali sebagai Lia turut mengaku, sejak bertunang tiga bulan lalu dia dan tunangnya beberapa kali melakukan hubungan seks.

“Bagi saya ia tidak menjadi kesalahan, tambahan sempena Hari Kekasih untuk menunjukkan rasa sayang serta cinta pada bakal suami saya.

“Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan dan percaya dia (bakal tunang) akan bertanggungjawab jika berlaku perkara buruk,” katanya.

Sementara itu, tiga lagi rakan remaja terbabit turut ditahan untuk tindakan lanjut kerana didapati dalam keadaan khayal selepas menghidu gam, manakala tiga tin gam dipercayai digunakan kumpulan remaja terbabit untuk dihidu serta peralatan lain, termasuk plastik, dirampas.

Operasi Hari Kekasih 2009 yang dijalankan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan dan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) mensasarkan beberapa lokasi sekitar Ampang, Hulu Langat, Klang dan Shah Alam serta menahan kira-kira 100 pasangan kekasih yang berkelakuan tidak senonoh.

Ketua Keselamatan Operasi Hari Kekasih 2009, Wan Zahari Wan Daud, berkata kebanyakan remaja ditahan berikutan berkelakuan tidak senonoh dan mendatangkan syak di kawasan sunyi serta gelap.

“Ketika ditahan, ada di kalangan remaja ini asyik berasmara, tidak kurang juga berpelukan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim.

“Kaunseling diberi kepada pasangan yang diperiksa berdasarkan modul khas program kami bagi membentuk kembali keinsafan dan rasa takut kepada azab Tuhan,” katanya.

Wan Zahari berkata, kurangnya acuan agama dalam diri remaja mendorong mereka melakukan perkara yang dilarang dan bimbang dianggap kolot oleh rakan sebaya antara faktor sambutan Hari Kekasih perlu mereka raikan.

“Remaja sepatutnya sedar tindakan mereka meraikan Hari Kekasih tidak sepatutnya berlaku dan pengaruh bahan lucah, termasuk ubat kuat haram yang berlambak di pasaran, antara faktor pasangan remaja kemaruk ingin melakukan hubungan seks tanpa memikirkan risiko,” katanya.

Thursday, February 5, 2009

DUN tidak dibubar, Nizar diminta letak jawatan

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Sebaliknya, baginda telah menitahkan
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai
Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan
itu dianggap dikosongkan.


Pejabat Sultan Perak dalam satu
kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota
dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda
yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat
kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.


"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad
Nizar bin Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak
bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri
Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," menurut
kenyataan itu.


Pagi ini, kesemua 28 Ahli Undangan
Negeri (ADUN) Perak serta tiga ADUN Bebas menghadap Sultan Perak untuk
membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional (BN).


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak berkata, kesemua mereka turut memberi pengakuan
menyokong calon Menteri Besar Perak yang akan dikemukakan oleh BN.


berita sebelumnya


05/02/2009 2:43pm

IPOH 5 Feb. - Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan
Dewan Undangan Negeri Perak, menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak
hari ini.


berita sebelumnya


IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan
Shah hari ini tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak,
menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.


Sebaliknya, baginda telah menitahkan
Datuk Seri MohaMmad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai
Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan
itu dianggap dikosongkan.

Wednesday, February 4, 2009

BN bentuk kerajaan baru di Perak

PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu

Tuesday, February 3, 2009

PERLAWANAN SEMAKIN RANCAK

Perlawanan sudah hampir memasuki ke seperauh masa kedua. PKR masih
mendahului dengan 1 gol tanpa balas.

BN memerlukan sekurang-kurangnya 3 gol untuk mengatasi PKR yang
mendahuli melalui kemenangan perlawanan pertaman pada bulan Mac 2008.

Agak malang bagi BN kerana gagal dua kali dalam sepakan penalti yang
telah diberikan sebelum ini. Memaksa BN mengeluarkan pemain utamanya
Tajol yang tidak mampu menunjukkan prestasi baik. Diharap kemasukan
Najib akan memberikan kelebihan kepada BN.

Wisel telah dibunyikan menandakan tamat separuh masa pertama
perlawanan dan kita tunggu perlawanan diseparuh masa kedua yang mungkin
lebih menarik.

Apakah Nasa yang menjaringkan gol sendiri diseparuh masa pertama tadi
akan dapat menebus semula kesilapan dengan menjaring gol untuk BN pula.